Bila Latheefa Koya akan bertindak keatas aduan Tony Pua terhadap Muhyiddin Yassin?


Muhyiddin Yassin Bertanggungjawab Hutang RM240 Juta Malaysia International Tuna Port Sdn Bhd (MITP)

(16 Julai 2010) – Ahli  Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menuntut Timbalan Perdana Menteri  bertanggungjawab terhadap hutang sebanyak RM240 juta yang terpaksa  ditanggung kerajaan akibat kegagalan projek sebuah syarikat perikanan  yang diluluskan Tan Sri Muhyiddinn Yassin ketika menjadi Menteri  Pertanian.

Tony mendedahkan bagaimana surat sokongan seorang ahli  parlimen kepada Malaysian International Tuna Port untuk terbitan bon  RM240 juta telah menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung hutang kerana  syarikat tersebut kini tidak mampu melunaskan hutang itu.

MITP  diberi konsesi selama 32 tahun untuk memajukan industri perikanan tuna  negara dengan menggunakan jeti Batu Maung sebagai pusat operasi.

Syarikat  tersebut gagal mencapai matlamatnya dan menurut ahkbar The Edge  Financial Daily MITP culas membayar hutang menyebabkan pihak bank  kini memfailkan tuntutan terhadap kerajaan di mahkamah.

Tony Pua telah membuat aduan pada tahun 2010 tetapi sampai hari ini SPRM tidak bertindak

“Ini sama  sahaja seperti apa yang berlaku dengan skandal Port Klang Free Trade  Zone, di mana kontraktor mendapat konsesi daripada kerajaan tetapi bank  tidak memberi pinjaman kerana syarikat tiada wang untuk membiayai  projek.

“Maka, syarikat tersebut telah mendapatkan surat sokongan  daripada menteri dan bank telah meluluskan pinjaman kerana jaminan yang  diberi oleh kerajaan melalui surat berkenaan.

“Persoalannya  sekarang, adakah kerajaan akan bertanggungjawab membayar hutang ini?  Siapa menteri pada masa itu? Muhyiddin Yassin.

“Saya ingin tanya  Muhyiddin, adakah anda yang meluluskan projek ini? Satu bon bernilai  RM240 juta telah dikeluarkan dan kini tidak dapat dibayar, siapa yang  akan bertanggungjawab?.

“Malaysian Rating Agency telah memberikan  MITP penilaian kewangan A+, tetapi saya tidak akan menyalahkan MRA. Ini  kerana adanya sokongan kerajaan yang diberi melalui Lembaga Kemajuan  Ikan Malaysia,” jelas Tony kepada media di parlimen semalam.

Tony  menjelaskan MITP dimiliki 60 peratus oleh sebuah syarikat persendirian,  Blindforce Sdn Bhd dan 40 peratus oleh LKIM.

Beliau menggelar  projek ini sebagai ‘projek berfikiran sempit’ kerana berahkir sebegini.

“Dulu  projek udang harimau di Langkawi, sekarang kita dapat tahu MITP di  Pulau Pinang, dan saya tak tahulah apa lagi projek sebegini yang  telah diluluskan oleh mereka,” kata beliau lagi.

Tony menggesa  Muhyiddin bertanggungjawab sepenuhnya sebagai seorang Menteri dan tidak  mengelak dengan menyalahkan pegawai bawahannya.

“Perkara surat  sokongan tidak munasabah ini perlu berhenti di sini, terutamanya dalam  menyokong syarikat yang langsung tiada rekod kewangan,” tegas Tony lagi.

 



Comments
Loading...