BN sebulat suara lantik Najib Razak pengerusi lembaga penasihat


(FMT) – Pimpinan Barisan Nasional sebulat suara melantik Najib Razak, yang kembali popular dengan fenomena ‘bossku’, sebagai pengerusi lembaga penasihatnya.

Setiausaha Agung, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perkara itu diputuskan oleh dewan tertinggi BN yang bermesyuarat malam tadi di Pusat Dagangan Dunia Putra.

“Beliau akan menjalankan tugas membantu BN dalam usaha mengembalikan semula sokongan rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Mesyuarat malam tadi dihadiri Presiden Umno, Zahid Hamidi, Presiden MCA, Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Vigneswaran Sanasee, serta pimpinan lain.

Najib turut dipanggil menyertai mesyuarat itu.

Najib mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pengerusi BN dan presiden Umno pada 12 Mei tahun lalu ekoran kekalahan gabungannya pada pilihan raya umum ke-14.

Walaupun berdepan pertuduhan rasuah, bekas perdana menteri itu kembali ke arena politik sambil memaparkan sokongan orang ramai kepadanya, menerusi kegiatan media sosial yang aktif dan lawatan ke serata negara.

 



Comments
Loading...