Dakwaan rogol: Exco Kerajaan Negeri Perak ditahan polis


(New Malaysian Post) – POLIS menahan seorang Exco Kerajaan Perak malam tadi selepas disyaki terbabit dengan kes rogol membabitkan pembantu rumahnya.

Suspek yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ditahan untuk siasatan lanjut susulan laporan polis yang diterima daripada mangsa yang merupakan warga Indonesia.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, pemimpin parti berusia 48 tahun itu ditahan untuk bantu siasatan.

“Untuk siasatan polis yang adil, kita telah tangkap orang disyaki semalam bagi membantu siasatan kita,” katanya di sini hari ini.

Semalam, pengadu yang berusia 20-an dikatakan telah membuat laporan polis selepas mendakwa suspek merogolnya di kediaman lelaki itu di Meru, Jelapang, Perak.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Asisten Komisioner Choo Lily mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

NMP sebelum ini melaporkan, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah menitahkan supaya istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan exco kerajaan negeri Perak yang dijadualkan pada Khamis, 11 Julai ditunda.

Walaupun tidak dinyatakan punca penundaan tersebut, bagaimanapun ia dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan polis ke atas seorang anggota Exco Kerajaan negeri Perak.

 



Comments
Loading...