Tindakan Wan Ji sebahagian perancangan DAP?
(nthqibord) – Tindakan yang dilakukan Wan Ji Wan Hussin dengan mengeluarkan kata-kata menghina Sultan adalah sesuatu yang hodoh.
Yang dilakukan oleh Wan Ji juga mengajar anak-anak muda tiada semangat patriotism.
Demikian dinyatakan oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin ketika ditemui.
Bagi Khairil, Pemuda PAS berpegang teguh konsep demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.
“Negara ini dibina atas kerangka dan sistem demokrasi dan raja berperlembagaan.”
“Jika kita tidak bersetuju dengan Sultan atau Raja, itu bukanlah cara yang betul,” kata Khairil.
Sultan dan Raja juga manusia biasa yang ada kelemahan kesilapan. Namun bukan dengan cara menghina dan mahu menjatuhkan isntitusi ini.
Bagaimana pula jika ada orang yang menghina ayah kita? Bagaimana perasaan kita ketika itu?
Menurut Khairil, apa yang dilakukan oleh Wan Ji itu berkemungkinan sebahagian daripada perancangan DAP.
Mereka mahu membawa imej yang tidak baik kepada dunia luar tentang apa yang berlaku di Malaysia.
Mereka mahu dunia luar memberi tekanan kepada institusi raja itu.