Saya tak pernah cakap Tun M korup, kata Kit Siang
(nthqibord.com) – LIM Kit Siang kebelakangan ini kerap ‘memuji-muji’ Tun Mahathir.
Beliau berkata keputusannya untuk bekerjasama dengan Tun Mahathir adalah perlu, semata-mata untuk menghalang Malaysia ‘dirosakkan’ Najib Razak.
Boss besar DAP ini juga berkata beliau tidak pernah melabelkan Dr Mahathir sebagai perasuah ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003.
“Saya tidak pernah kata dia rasuah. Anda boleh lihat melalui semua kenyataan saya. Ia semua dalam rekod,” katanya semasa wawancara eksklusif bersama New Straits Times baru-baru ini.
Walau bagaimana pun, portal rasmi DAP iaitu roketkini.com berkata sebaliknya.
You started the ‘rot’ in Malaysia, Kit Siang tells Dr M
Pada 24 Februari 2013, Lim Kit Siang telah menuduh Mahathir melakukan penyelewengan apabila negara rugi RM100 billion pada ketika itu.
” Suruhanjaya Siasatan Diraja sepatutnya ditubuhkan bagi menyiasat kerugian RM100 bilion yang ditanggung negara di dalam skandal kewangan sepanjang 22 tahun era pemerintahan bekas Perdana menteri, Mahathir Mohamad,” antara petikan roketkini.com.