Video seks: Tiga lagi termasuk ahli politik ditahan


(Utusan) – Tiga lelaki ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar Johor Bahru hari ini bagi membantu siasatan kes penyebaran video seks mirip menteri kanan Kabinet yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Kesemua yang ditahan berusia antara 29 dan 37 tahun.

Difahamkan, seorang daripada mereka merupakan seorang ahli politik yang mengetuai parti di sebuah negeri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan penahan tiga lelaki tersebut.

Namun beliau tidak mengulas apabila ditanya sama ada seorang daripada yang ditahan merupakan ahli politik.

“Ya, kita tahan dua lelaki Melayu dan seorang India di Johor Bahru berhubung kes video seks yang tular,” katanya.

Semalam, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Haziq Abdullah Abdul Aziz bersama lima lelaki ditahan reman sehingga 20 Julai bagi membantu siasatan berhubung penularan video seks berkenaan,

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki di Mahkamah Majistret di sini bagi siasatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 



Comments
Loading...