VIDEO SEMBURIT PATAHKAN RANCANGAN ‘CABINET RESHUFFLE’


Haslan Mohd Shariff 

Ramai tidak tahu, video tersebut adalah bom untuk mengagalkan perancangan ‘cabinet reshuffle’. Malah video itu diviralkan hanya seminggu sebelum berlakunya rancangan tersebut. Jika tidak, Azmin Ali mungkin telah menjadi TPM.

Tun Dr Mahathir sebenarnya telah diberitahu lebih awal tentang kewujudan video tersebut. Tujuannya supaya PM hilang kepercayaan kepada Azmin dan menukar rancangannya. Ternyata, kaedah itu tidak berhasil. PM melihat itu sebagai taktik jahat untuk menggagalkan rancangannya. Kata PM, “Mereka (Anwar Ibrahim) nak lempar taik ke muka saya”.

Azmin telah segera menegaskan bahawa video itu merupakan fitnah jahat ke atas beliau. Hasil tindak balas Azmin, video demi video dikeluarkan untuk memberi mesej bahawa bukti video itu tulen, mereka mempunyai lebih banyak bukti dan yang lebih penting mahu menanam kepercayaan rakyat khususnya khususnya komuniti Melayu bahawa Azmin Ali adalah seorang gay, pengamal LGBT dan tidak layak menjadi pemimpin negara.

Simkad Palsu, Rahim Jaafar & Ops Centre

Hasil maklumat penahanan Haziq kali pertama, PDRM telah menahan 3 individu yang terlibat dalam penyediaan 10 simkad palsu UMobile, alat untuk memviralkan video-video fitnah tersebut. Selepas mereka ditahan, maka pemfitnah telah menukar strategi untuk ‘upload’ video-video di youtube atas nama Rahim Jaafar.

Penahanan 3 individu tersebut termasuk seorang runner bernama ‘Zam’ akhirnya telah membawa kepada satu penemuan besar iaitu ‘the OPS Centre’ di Sucasa Jln Ampang.

Ada apa di Sucasa Jln Ampang?

Sucasa Jln Ampang adalah kunci kepada siasatan. Rakaman CCTV, rekod pendaftaran bilik, rekod kenderaan keluar masuk dan beberapa indikasi lain telah membantu banyak penemuan termasuk kewujudan ‘war room’ sekelompok pemimpin PKR dalam beberapa pilihanraya sebelum ini.

Namun, dalam kes video semburit, ianya dijadikan Ops Centre untuk penyuntingan dan menyebaran.

Ketulenan Video Semburit?

Sehingga hari ini pelbagai spekulasi dibuat berhubung sikap membisu PDRM dalam soal ketulenan video. Peluang ini digunakan oleh kem Anwar bagi menyebarkan info kononnya video itu tulen. Cyber Security pula menyatakan telah menyerahkan laporan identiti kedua-dua lelaki yang berasmara kepada PDRM untuk tindakan seterusnya.

Hakikatnya, penemuan di Sucasa telah mengesahkan video semburit Azmin adalah palsu. Ini berdasarkan penemuan beberapa gadget dan ‘raw video’ sebelum watak itu diubahsuai menyerupai mirip Azmin. Sebab itu lah, video yang dikatakan mirip Azmin itu hanya dihantar kepada firma forensik tempatan dan bukan ke luar negara untuk dianalisa ketulenannya.

Maka, sah lah mengapa Haziq memilih Manila sebagai destinasi untuk melarikan diri. Seperti dilaporkan media Oriental Daily, Haziq memang bertujuan ke sana untuk menemui teman lelakinya (pelakon asal) yang sebenarnya berada bersama dengan beliau untuk memasuki pesawat bersama penyunting video tersebut.  Kini, pelakon asal dan penyunting tersebut dipercayai telah terlepas ke negara asal mereka Filipina. Media lain semuanya tersasar kerana melaporkan Farhash yang bersama-sama dengan Haziq untuk lari ke Manila sedangkan rekod jelas menunjukkan Farhash tidak lagi keluar negara selepas Aidilfitri.

Fitnah Kerja Orang Dalam? 

Penahanan kali kedua Haziq dan beberapa ahli pkr malam kelmarin memperlihatkan kebenaran kata-kata Azmin Ali bahawa fitnah jahat yang diviralkan tersebut adalah kerja orang dalam. Kini jelas, PKR sedang berantakan. Tidak seperti ketika menghadapi isu fitnah liwat Saiful dan fitnah China Doll di mana semua ahli PKR bersatu melawannya, kes fitnah semburit ini sedang dihadapi oleh pasukan Azmin tanpa dukungan daripada kem Anwar.

Pemimpin PKR yakin kesahihan video?

Dalam jawapan surat tunjuk sebab Naib Ketua Pemuda PKR, Mohd Nazree kepada Biro Disiplin Parti, beliau telah menyatakan rasa kekecewaannya kerana Ketua Pemuda PKR, Akmal Nasrullah cuba memujuknya untuk mempercayai kesahihan video tersebut dan menarik semula pendirian Pemuda PKR yang mengecam keputusan Biro Politik Parti. Apakah betul Akmal percaya?

Tidak mengejutkan kerana itulah naratif yang sedang disebarkan dalam PKR. Operasi meyakinkan kesahihan video ini diketuai oleh Mantan bos Haziq sendiri, Shamsul Iskandar. Baru-baru ini, beliau telah diminta untuk menghimpunkan semula mantan-mantan pemuda PKR untuk memperlihatkan dukungan kepada kem Anwar.

Shamsul sendiri telah menemui dan menghubungi beberapa pimpinan parti dan cuba meyakinkan mereka bahawa video itu benar. Sudah tentulah matlamat akhirnya untuk mereka bersama meninggalkan Azmin dan bersama-sama kem Anwar.

Anwar Panik?

Disaat ini, apabila PDRM mula memberi indikasi bahawa dalang besar disebalik video tersebut telah dikenalpasti, apatah lagi dengan penahanan beberapa ahli PKR yang kini direman, Anwar kelihatan amat panik. Anwar akan lebih panik jika 3 nama orang kanannya yang naik dalam siasatan PDRM turut ditahan. Ya, nama mereka telah naik, seorang ADUN, Ketua PKR Negeri dan Timbalan Menteri.

Terbaru, beliau sendiri mengambil inisiatif untuk memberi tekanan kepada PDRM berhubung kesahihan video tersebut. Anwar semakin terhimpit.

Yakinlah, Anwar sedar bahawa ini peluang terakhirnya untuk menjadi Perdana Menteri. Lebih banyak pembongkaran yang dibuat, nampaknya lebih tidak menguntungkannya.

Namun Anwar silap, bukan ketulenan video yang rakyat mahu tahu. Bukan siapa penyebarnya yang rakyat mahu tahu. Apa yang rakyat mahu tahu adalah sama ada Anwar Bin Ibrahim sendiri percaya fitnah semburit ini atau Anwar Bin Ibrahim terlibat sama dalam komplotnya?

 



Comments
Loading...