Dr M berucap di mesyuarat PKR ketika masa depan Azmin jadi persoalan


(FMT) – Perhatian tertumpu ke Port Dickson, kawasan Presiden PKR, Anwar Ibrahim apabila pimpinan parti berhimpun malam ini untuk suatu permukiman yang menjanjikan drama ketika masa depan timbalan presidennya, Azmin Ali mengundang persoalan.

Menjadikan acara ini lagi menarik adalah Pengerusi Pakatan Harapan, Dr Mahathir Mohamad juga akan menghadirinya.

“Dia mahu bercakap dengan pemimpin PKR,” kata sumber yang rapat dengan pimpinan PKR kepada FMT.

Perhimpunan ini di sebalik pertelagahan terbuka antara Anwar dan Azmin, selepas presiden PKR itu berkata menteri hal ehwal ekonomi itu patut meletakkan jawatan jika beberapa video seks sejenis yang menyasarkannya terbukti sahih.

Penyokong Azmin mempertahankannya, manakala penyokong Anwar hari ini mengumumkan penubuhan majlis ketua-ketua negeri yang menyokong presiden mereka.

 



Comments
Loading...