Parti Komunis Malaya (PKM) mahu pengikhtirafan dari kerajaan Pakatan (VIDEO)


Bekas pengganas komunis PKM Au Heng Kong (Zhou Tong) mencadangkan supaya kerajaan Pakatan Harapan agar menilai semula sejarah perjuangan komunis yang selama ini dilabel sebagai pengganas, oleh kerajaan terdahulu.

Dengan kata lain, bekas pengganas yang telah diampunkan oleh kerajaan selepas mengaku taat setia kepada DYMM Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, malah mungkin juga telah diberikan imbuhan berupa wang dan tanah, kekal dengan fahaman komunisnya iaitu menjajah negara ini.

PKM pernah meminta kerajaan mengiktiraf mereka tetapi Chin Peng tidak pernah mendaftar untuk menjadi rakyat negara ini. Untuk mengekang pengaruh komunis dan menyusahkan British menjarah ekonomi Tanah Melayu, raja-raja Melayu diminta menyerahkan tanah-tanah untuk dipajak dan dijadikan kampung-kampung baru. PKM mendabik dada kononnya mereka berjuang menentang penjajah walaupun mereka sendiri adalah gerombolan yang mahu menjajah negara ini.

Sekarang ini, mereka menerusi DAP cukup kuat mendesak dan mengusahakan agar tanah-tanah pajakan kampung baru itu ditukarkan menjadi pegangan kekal atau pajakan 999 tahun untuk puak mereka.

NOTA:

T.Mohan a.k.a Tommy Thomas merupakan peguam Chin Peng yang pernah mendesak agar Chin Peng diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan.




 



Comments
Loading...