FAKTA-FAKTA MENARIK SETAKAT INI MENGENAI NAJIB, SRC DAN 1MDB


Kuala Lumpur Chronicle

1. PERBICARAAN SRC
Perbicaraan setakat ini banyak berpihak kepada Najib kerana pihak pembela telah berjaya membuktikan bahawa bekas Pengurus Ambank Joanna Yu bersama Jho Low dan Nik Faisal telah.menyembunyikan banyak transaksi akaun-akaun Najib dari pengetahuan beliau disamping menghalang kecurigaan BNM. Fakta ini cuba disembunyikan oleh pihak pendakwa tetapi berjaya dibongkar oleh pihak pembela. Fakta ini disembunyikan kerana tuduhan kerajaaan PH selama ini adalah bahawa Najib menggunakan Jho Low untuk mencuri wang berkenaan. Bila pihak pembelaan berjaya buktikan bahawa terdapat komplot menghalang Najib dari.mendapat maklumat-maklumat penting, kesalahan tidak dapat diletakkan ke atas bahu Najib tanpa keraguan yang munasabah.
Di samping itu, jika terbukti pihak pendakwa tahu mengenai maklumat berkenaan tetapi sengaja menyembunyikan dari.mahkamah, tindakan berat boleh diambil ke atas pihak pendakwa.
2. PERBICARAAN 1MDB
Perbicaraan 1MDB pula belum bermula kerana diminta tangguh oleh pihak pendakwa sendiri. Bagaimana pun, beberapa fakta menarik mengenai 1MDB telah terdedah semasa perbicaraan SRC. Fakta utama ialah bahawa kerajaan Arab Saudi telah menghantar sekurang-sukarangnya dua surat mengesahkan sumbangan terhadap Najib. Keduanya, tular sebelum ini bahawa bayaran dari 1MDB kepada IPIC di Arab Saudi, telah diseleweng kepada satu akaun lain dengan nama yang sama tetapi bukan milik IPIC. IPIC telah menuntut bayaran tersebut tetapi 1MDB telah memenangi kes ini di mahkamah di London kerana 1MDB telah membuktikan mereka berbuat demikian atas arahan pengurusan tertinggi IPIC. Gambaran awal yang cuba dibuat oleh WSJ, SR dan pihak-pihak lain sebelum ini ialah bahawa Najib yang mengarahkan penyelewengan ini. Jika pihak pembela dapat buktikan bahawa Najib tidak tahu dan tidak memberikan sebarang arahan kepada isu tersebut, maka sekali lagi kesalahan tidak boleh diletakkan ke atas bahu Najib.
Sesuatu yang menarik mengenai 1MDB, jika pihak pembelaan berjaya membuktikan bahawa wang yang seleweng itu sebenarnya adalah WANG IPIC YANG DIBAYAR OLEH 1MDB KEPADA IPIC MENGIKUT ARAHAN BERTULIS DARI PENGURUSAN TERTINGGI IPIC SENDIRI, maka yang hilang bukanlah wang 1MDB kerana ia hilang SELEPAS dibayar secara sah oleh 1MDB. Ini dikuatkan dengan penahanan dua eksekutif tertinggi IPIC yang telah dipenjarakan atas kesalahan tersebut. Bagaimana Najib boleh dituduh mencuri wang 1MDB jika sebenarnya 1MDB tidak hilang apa-apa wang? Kecuali jika pihak pemdakwa mempunyai bukti-bukti penglibatan langsung Najib dalam hal ini, kes ini juga does not hold water.
Dan yang paling menarik, apa akan terjadi kepada kapal Equanimity dan wang-wang yang dirampas yang dikatakan diperolehi dari wang 1MDB, sedangkan 1MDB secara teknikal tidak hilang apa-apa wang? Saya percaya IPIC akan berusaha mendapatkan kapal dan wang-wang tersebut kerana ia milik mereka.
3. APA YANG MUNGKIN BERLAKU SELEPAS INI
Dalam kes SRC, perkembangan setakat ini banyak berpihak kepada Najib. Bagaimana pun, jika Najib menang kes ini, mereka.masih boleh membuat rayuan di mahkamah yang lebih tinggi. Bagaimana pun, tanpa bukti-bukti baru, rayuan tersebut “does not hold water”.
Manakala kes 1MDB pula kemungkinan terpaksa digugurkan sama sekali kecuali jika pendakwa mempunyai bukti-bukti baru yang mengaitkan Najib.
4. KESAN KEPADA POLITIK NEGARA
Jika Najib menang kedua-dua kes tersebut, Umno (atau BN) boleh memfailkan permohonan mahkamah untuk membatalkan keputusan PRU14 kerana ia telah dimenangi oleh PH melalui fitnah atau persepsi serong yang dicipta mereka, bagi membolehkan PRU yang baru.
Jika ini tidak atau gagal dilakukan, Najib boleh menyaman ramai pemimpin-pemimpin PH yang memulakan dan menyebarkan berbagai fitnah dan tuduhan terhadap beliau, dan ramai dari mereka akan hilang kelayakan dari jawatan mereka. Kesannya sama seperti mengadakan PRU semula.


Comments
Loading...