Solidariti bersama Zakir Naik: rakyat Kelantan penuhi stadium


(Harakah) – Rakyat Kelantan membuktikan mereka begitu bersemangat bersolidariti bersama pendakwah terkenal Dr Zakir Naik.

Selepas solat Asar ketika pancaran matahari memasuki ufuk barat mereka sudah memasuki ruang dalam Stadium Sultan Muhammad IV.

Manakala anak anak muda pula berhimpun di Dataran Warisan mengikuti program santai bersama beberapa kumpulan nasyid dan Dewan Pemuda PAS.

Wakil Tamil Tigers, Ramasamy, sangat anti-Zakir Naik

Jam 6.00 petang semakin ramai memasuki ruang padang dalam stadium. Lebih separuh padang  penuh dengan limpahan manusia.

Deretan bas dan kereta boleh dilihat di semua jalan utama di kawasan bandar Kota Bharu.

Ramai juga penduduk Muslim dari selatan Thailand ditemui di sini. Turut disediakan ruang untuk penduduk bukan Islam bagi mengikuti pidato Dr Zakir.

Perhimpunan di stadium mengiringi seakan akan himpunan jutaan umat Islam yang sedang menuju Padang Arafah hari ini.

 



Comments
Loading...