Langgar lelaki, pasangan suami isteri direman 7 hari
(Utusan) – Pasangan suami isteri yang terlibat dengan persilisihan di jalan raya hingga mengakibatkan seorang maut ditahan reman selama tujuh hari.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pasangan suami isteri yang berusia 40 dan 36 tahun itu direman bermula hari ini hingga 17 Ogos depan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian bermula akibat kemalangan kecil selepas tol Sungai Besi menghala selatan.
“Berlaku pergaduhan di antara mereka namun cuba dileraikan oleh beberapa pemandu yang lain sebelum semuanya kembali ke kereta masing-masing.
“Mangsa bagaimanapun tidak berpuas hati sebelum keluar semula dari kereta dengan membawa sebatang kayu baseball dan memukul bahagian hadapan kereta suspek,” katanya.
Jelasnya, suspek kemudian memandu kereta ke hadapan dalam keadaan tergesa-gesa dan telanggar suspek hingganya menyebabkan dia tersepit antara kereta dan penghadang jalan.
Ujarnya, mangsa telah dibawa ke Nilai Medical Centre sebelum meninggal dunia semasa dirawat.
Tambahnya, ke kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan niat.