Ini adalah kenyataan fanatics yang tidak berilmu, bongkak serta buta sejarah


Tan Sri Annuar Musa

Ada orang cina yang menyatakan Melayu pendatang dari Indonesia..dan ada orang India yang nyatakan Hindus/Indian datang 400 tahun dulu lebih awal dari Melayu

Ini adalah kenyataan fanatics yang tidak berilmu,bongkak serta buta sejarah. Mereka adalah racist aras tinggi

Indonesia hanya ujud sebagai negara merdeka bernama Indonesia 1947, manakala TANAH MELAYU 1957, dan MALAYSIA 1963.

Tetapi MALAYSIA sebagai alam telah ujud beribu tahun sebagai satu wilayah nusantara merangkumi KEPULAUAN SUMATRA, SEMENANJUNG TANAH MELAYU, JAWA, BORNEO, SULAWESI HINGGALAH KE PAPUA BARAT…John RUSSEL yang menulis seawal 1905,telah merujuk nusantara sebagai MALAYSIA.

Rakyat asal wilayah ini berkulit sawo matang, mata kelabu, rambut hitam dan di cam dengan mudah sebagai penduduk asal wilayah ini

Oleh kerana ia merupakan daerah kepulauan,maka pergerakan mereka melalui pelayaran dari pulau ke pulau,dalam gugusan yang sama serta mempunyai cara hidup yang hampir sama serta bahasa pertuturan yg pada asasnya sama,yaitu MELAYU

HANYA setelah kedatangan penjajah barat di abad ke 15,wilayah ini di racik racik antara jajahan PORTUGIS,BELANDA,SEPANYOL, INGGERIS DAN SIAM…kemerdekaan dari penjajah ini baru ujud INDONESIA MALAYSIA SPORE BRUNEI TIMOR LESTE DAN FILIPPINA.

Pergerakan orang jawa, bugis, minang, cocos, melayu, batak, bajau dll dalam wilayah nusantara di zaman dulu(sejak lebih dari 1000 tahun) bukan sebagai pendatang,tapi mereka bergerak dlm wilayah satu nusantara yg di rujuk oleh John Russel sebagai MALAYSIA

Berbeza dgn kedatangan INDIAN DAN CINA dari benua lain dan fizikal dan rupa paras warna kulit serta lingua franca yg berbeza.Mereka bermigrasi meninggalkan bumi asal utk mencari rezeki dan kemudiannya membawa pulang ke negara asal.Cuma kemudiannya ada yg bermastautin di merata tempat di nusantara@Malasia(Russel)

Di Tanah melayu Imigran ini datang dgn jumlah yg byk di abad ke19,terutama sejak berkembangnya aktiviti melombong dan penanaman getah oleh British.

Sebelum Abad ke 6,orang Nusantara berugama Hindu dan pagan..Beberapa tahun selepas kedatangan Islam 1400 tahun dulu,penduduk Nusantara ramai yg memeluk Islam.Penemuan batu bersurat di Trengganu membuktikan islam sampai ke Tanah Melayu seawal abad ke7

Oleh kerana penduduk peribumi itu ISLAM,penerimaan kedatangan ORANG ASING di terima baik,walau berbeza kaum dan agama kerana AJARAN ISLAM ITU SENDIRI MENOLAK RACISM,Agama bebas di amalkan serta nilai budaya dan ajaran Islam menggalakkan PERSAUDARAAN,KESEDERHANAAN,LINDUNG MELINDUNGI,HORMAT MENGHORMATI DAN SEBAGAINYA.

Dalam kata lain Islamlah yg menjadikan peribumi menerima kehidupan mkat yg majmuk dan berbagai bangsa

Sebab itu percubaan mereka yg cuba menyerang perjuangan BANGSA DAN AGAMA dan cuba di cap sebagai TOXIC adalah buta sejarah dan buta reality.Politik Islam dan pembelaan hak peribumi TIDAK SAMA SEKALI BERSIFAT PERKAUMAN ASSABIYYAH dan ia bukan atas dasar MENZALIMI SESIAPA,tetapi sebaliknya sekadar mempertahankan HAK semata mata.

Sebaliknya pihak yg sengaja mahu merampas hak dan kekayaan negara,apa lagi meminggir dan ‘menghalau’ ISLAM atau MELAYU,dgn apa cara sekalipun,langsung atau tidak langsung,sebenarnya mereka itulah RACIST YG NYATA.

 



Comments
Loading...