Pakatan Harapan lancar kempen boikot perniagaan Cina
Ringkas cerita, kempen yang pada mulanya tidak wujud bertukar menjadi satu kempen yang berjaya oleh kerana Mahathir, Kit Siang, Guan Eng, Anwar dan Saifuddin. Merekalah yang telah mengumumkan kempen itu dan ini telah menyebabkan ianya menjadi popular.
THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin
Yang sebenarnya, tidak ada pun kempen boikot barangan/perniagaan orang kafir atau orang Cina. Kempen itu tidak pernah wujud. Kempen itu adalah rekaan Tun Dr Mahathir Mohamad. Tetapi, apa yang pasti adalah Mahathir yang telah melancarkan apa yang dipanggil ‘Buy Muslim First Campaign’.
Pada 30 Ogos, Mahathir telah mengumumkan bahawa wujudnya satu kempen memboikot produk orang Cina. Keesokkan harinya, di dalam ucapan Merdeka beliau, Lim Kit Siang juga telah menyebut tentang kempen boikot produk orang Cina.
Selepas itu, isu kempen memboikot ini menjadi kecoh.
Mahathir yang lancar kempen boikot perniagaan Cina
Sebenarnya, tidak ada seorang pun yang tahu berkaitan kempen ini. Tetapi, selepas pengumuman Mahathir dan Kit Siang, isu ini telah menjadi besar dan juga hangat dan telah bertukar menjadi satu isu nasional.
Lim Guan Eng pula menyambung kenyataan Mahathir dan Kit Siang dan meminta Umno dan PAS menghentikan kempen ini. Gambaran yang cuba diberi oleh Guan Eng adalah Umno dan PAS yang di belakang kempen boikot barangan/perniagaan orang kafir atau orang Cina ini.
Selepas tiga hari, rakyat Malaysia pecaya bahawa kempen boikot barangan/perniagaan orang kafir atau orang Cina sah wujud. Dan dalang di belakang kempen ini adalah Umno dan juga PAS.
Anwar mengutuk kempen boikot perniagaan Cina
Disebabkan ‘promosi’ yang telah dibuat oleh Mahathir, Kit Siang dan Guan Eng — dan kemudiannya disambung oleh Anwar Ibrahim dan Saifuddin Nasution dari PKR yang ‘mengutuk’ sekerasnya kempen yang tidak wujud ini — secara tidak langsung kempen yang pada mulanya tidak wujud ini telah mencapai kejayaan. Orang Melayu yang pada mulanya tidak sedar tentang kempen itu sudah mula sedar. Dan disebabkan kontroversi kempen itu, orang Melayu telah menyokong dan menyertai kempen boikot barangan/perniagaan orang orang Cina.
Di dalam Bahasa Inggeris ini dipanggil sebagai ‘self-fulfilling prophecy’.
Ringkas cerita, kempen yang pada mulanya tidak wujud bertukar menjadi satu kempen yang berjaya oleh kerana Mahathir, Kit Siang, Guan Eng, Anwar dan Saifuddin. Merekalah yang telah mengumumkan kempen itu dan ini telah menyebabkan ianya menjadi popular.
Apa tujuan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan ini untuk melancarkan dan menjayakan kempen boikot barangan/perniagaan orang Cina?
Ini yang dipanggil ‘false flag operation’ atau ‘operasi bendera palsu’. Ini bermaksud kita reka sesuatu dan kita gembar-gemburkan perkara itu supaya gambaran yang diberi ialah perkara atau peristiwa itu memang wujud. Ini akan berjaya menarik perhatian seluruh rakyat dan mereka akan tertumpu kepada perkara yang sebenarnya tidak wujud.
Inilah kebijaksanaan Mahathir. Mahathir memang pakar di dalam ‘false flag operation’ dan telah menggunanya banyak kali di dalam kareer politik beliau. Dan apabila Kit Siang, Guan Eng, Anwar dan Saifuddin juga mengesahkan kewujudan kempen tersebut, maka yang tidak wujud bertukar menjadi wujud.
Hari ini, kempen yang pada asalnya tidak wujud sudah wujud. Dan ramai orang Melayu sudah sokong dan meyertai kempen tersebut. Jadi, inilah isu terbaru dan isu yang hangat.
Kit Siang menuduh Umno dan PAS di belakang kempen boikot perniagaan Cina
Mahathir tahu sekiranya beliau mengumumkan kewujudan kempen ini, isu ini akan meletup. Dan ianya sudah pun meletup. Dan oleh kerana isu kempen boikot barangan/perniagaan orang Cina sudah meletup, orang tidak lagi bercerita tentang isu Semburit atau pun isu Anwar sebagai perdana menteri kelapan.
Mahathir melenyapkan semua isu-isu negatif berkait dengan Pakatan Harapan dengan menimbulkan isu baru, iaitu isu kempen boikot barangan/perniagaan orang Cina. Rakyat Malaysia semestinya akan lupa dengan semua isu-isu yang menyakitkan Pakatan Harapan oleh kerana isu terbaru ini.
Isu bangsa dan agama memang biasanya perkara hangat. Jadi, kempen boikot barangan/perniagaan orang Cina boleh menutup semua isu yang lain dan yang tidak menguntungkan Pakatan Harapan. Pandai tak Mahathir, Kit Siang dan Guan Eng?
Guan Eng suruh Umno dan PAS hentikan kempen boikot perniagaan Cina
Mahathir, Kit Siang dan Guan Eng memainkan isu perkauman. Tetapi mereka tuduh Umno dan PAS yang memainkan isu perkauman apabila yang sebenarnya Umno dan PAS tidak tahu langsung tentang kempen boikot barangan/perniagaan orang Cina.
Sekarang, kempen itu sudah bernyawa sendiri dan menjadi hangat. Adakah rancangan Mahathir, Kit Siang dan Guan Eng ini sudah ‘backfire’? Nampaknya Mahathir, Kit Siang dan Guan Eng telah membakar api dan api ini sudah ‘out of control’.
Padan muka. Main api lagi. Sekarang Pakatan Harapan yang terbakar dan Cina sangat marah dengan Mahathir, Kit Siang dan Guan Eng sebab mereka tahu dalang yang sebenar ialah Pakatan Harapan dan bukan Umno dan PAS.