Kami tak dapat bayar zakat kerana rugi ratusan juta, kata bos Mydin


(FMT) – Pasar raya borong, Mydin hari ini menjawab dakwaan ia tidak membayar zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan berkata, ia tidak layak membayar zakat kerana mengalami kerugian sejak beberapa tahun ini.

“Merujuk kepada Zakat Selangor, syarikat yang mengalami kerugian tidak perlu membazar zakat. Dan sebenarnya Mydin telah mengalami kerugian bernilai ratusan juta ringgit dalam tempoh beberapa tahun ini.

“Bagaimanapun, ahli Lembaga Pengarah Mydin tetap melaksanakan kewajipan membayar zakat pendapatan melebihi RM1 juta setiap tahun di Terengganu,” kata Pengarah Urusan Mydin, Ameer Ali Mydin kepada FMT hari ini.

Beliau berkata demikian susulan pendedahan perbualan dalam kumpulan WhatsApp awal pagi tadi yang didakwa membabitkan Mufti Selangor, Mohd Tamyes Abd Wahid menggesa rakyat memboikot Mydin kerana pemiliknya ialah pengikut Syiah dan tidak membayar zakat kepada LZS.

Tamyes bagaimanapun menafikan dakwaan beliau menggesa umat Islam memboikot Mydin.

Ameer turut mengucapkan terima kasih kepada Tamyes kerana menjelaskan perkara itu.

 



Comments
Loading...