Asal-usul Umno dan PAS
Ada orang (seperti Rafizi Ramli) yang berkata pada tahun 1973 Umno dan PAS juga telah tidur satu bantal tetapi telah bercerai tidak lama selepas itu. Memang betul ketika itu Umno dan PAS telah tidur satu bantal. Tetapi mereka mimpi lain-lain (macam PPBM, PKR, DAP dan PAN). Kali ini, Umno dan PAS tidur satu bantal dan mimpi yang sama. Dan inilah yang paling ditakuti oleh Pakatan Harapan.
THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin
Ramai orang muda dan orang bukan Melayu malas mempelajari sejarah. Bagi mereka sejarah itu tidak penting, apa yang dipentingkan bagi mereka adalah masa hadapan. Tetapi, apa yang mereka tidak sedari adalah masa depan biasanya bergantung kepada sejarah. Jadi, sejarah amatlah penting untuk membentuk masa depan kita.
Mari kita imbas kembali sejarah penjajahan rantau kepulauan Melayu. Tanah Melayu atau Malaysia pada mulanya dijajah oleh Portugal, selepas itu dijajah pula oleh Holland, dan yang terakhir menjajah adalah Britain. Indonesia pula dijajah oleh Holland, manakala Philippines dijajah oleh Spain. Spain tidak pernah memasuki Malaysia. Sekiranya Spain menjajah Malaysia pada tahun 1500an, ramai orang Melayu hari ini akan beragama Kristian (macam di negara Amerika Selatan). Oleh disebabkan British yang menjajah Malaysialah orang Melayu pada hari ini masih beragama Islam.
Itu pun ramai orang bukan Melayu dan Orang Asli (termasuk orang Sabah dan Sarawak) telah memeluki agama Kristian. Ini disebabkan dasar Portugal, Holland, Spain dan England ialah untuk mengKristiankan manusia seluruh dunia. Tetapi orang Melayu kelazimannya akan ikut titah dan perintah Raja mereka sendiri.
Orang Melayu mula-mula memeluki agama Islam disebabkan Raja mereka masuk Islam. Sekiranya Raja-Raja Melayu, yang asalnya beragama Hindu, kekal di dalam agama Hindu, maka hari ini orang Melayu juga akan kekal sebagai Hindu, seperti di Bali.
Itulah sejarah. Jadi kita kena faham sebab apa orang Melayu hari ini beragama Islam dan bukan lagi beragama Hindu (walau pun ada orang Melayu yang masih terikut budaya Hindu). Dan kita kena faham juga kenapa orang Melayu tidak keluar dari Islam walaupun dijajah oleh penjajah Kristian (macam berlaku di Philippines).
Penjajah dari barat tahu betapa sensitifnya isu agama terhadap Raja-Raja Melayu. Sekiranya penjajah campurtangan di dalam urusan agama, maka Raja-Raja akan murka. Jadi penjajah hanya campur tangan di dalam hal pentadbiran, perniagaan, pembangunan dan keselamatan, kecuali agama. Penjajah ‘hands-off’ tentang agama dan telah meletakkan kuasa agama di bawah kuasa Raja-Raja. (Sebab itu sampai hari ini Islam di bawah negeri dan bukan di bawah pusat — misalan, isu Syiah).
Orang Melayu tidak ada masalah dijajah oleh sesiapa sekali pun (kalau Jepun pun takpa) asalkan jangan kacau adat dan agama mereka. Lain dari itu, lantaklah. Sebab itu penjajah berjaya rampas kuasa tetapi tidak kacau hal-hal istana, adat Melayu dan agama Islam kerana penjajah tahu batasan mereka — apa yang mereka boleh campurtangan dan apa yang tidak boleh. (Benda inilah yang DAP tidak faham dibawah Penjajahan Baru yang dipanggil Malaysia Baru) Misalan, British membenarkan hukum Hudud dilaksanakan di negeri-negeri seperti Terengganu dan Kelantan (contohnya kes Tok Janggut).
Tetapi, pada tahun 1946, McMichael telah melakukan satu kesilapan besar dengan mencadangankan penubuhan Malayan Union. McMichael telah memaksa Raja-Raja Melayu untuk menandatangani persetujuan untuk melaksanakan Malayan Union yang boleh menjejaskan kuasa Raja-Raja Melayu. Jadi orang Melayu telah bangkit untuk menentang Malayan Union. Dan dari situlah puncanya kelahiran Umno.
Ringkas cerita, Umno ditubuhkan bukan untuk memperjuangkan kemerdekaan. Umno ditubuhkan kerana kedudukan Raja-Raja telah diancam. Dan sekiranya British mengancam kedudukan Raja-Raja, maka ni sama dengan mengancam kedudukan orang Melayu.
Perkara ini ramai yang tidak faham.
Lima tahun kemudian, pada tahun 1951, pengasas dan Presiden Umno, Onn Jaafar, mencadangkan untuk orang bukan Melayu dibenarkan menjadi ahli Umno. Ahli Umno tidak setuju dengan cadangan itu, jadi Onn Jaafar telah letak jawatan dan Tunku Abdul Rahman ambil alih.
Tetapi Tunku ialah penyokong sekularisma. (Semua orang tahu yang Tunku suka berjudi dan minum arak — Genting Highlands diluluskan oleh Tunku). Gulungan Islamist di dalam Umno tidak setuju dengan sekularisma dan mereka minta Umno mengalih halatuju kepada Islam. Sudah semesti Tunku dan geng sekularisma lebih pandang ke arah barat dan bukan pandang ke arah timur, jadi mereka tolak desakan geng-geng Islamist ini.
Sama macam kes Onn Jaafar, golongan Islamist di dalam Umno telah keluar Umno dan kemudiannya lahirlah PAS.
Semua ini berlaku enam tahun sebelum Merdeka dan lima tahun selepas Umno ditubuhkan.
Jadi, isu Umno dan PAS ini senang saja. 68 tahun dahulu, Umno mahukan sekularisma atau secularism dan PAS mahukan Islam atau Islamism. Itu saja. Dan arwah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat sudah berkata, sekiranya Umno boleh terima Islam, maka PAS tidak perlu lagi dan PAS boleh ditutup “dan semua ahli PAS pakat masuk Umno”. Kenyataan itu keluar dari mulut arwah Tok Guru itu sendiri.
Oleh kerana itu tidak perlu cakap banyak atau keluarkan macam-macam ramalan. Sekiranya Umno lebih sokong judi dan arak dari sokong Islam, maka PAS dan Umno akan terus bergaduh. Sekiranya Umno juga berhalatuju kepada islam, maka Umno dan PAS boleh tidur satu bantal.
Ada orang (seperti Rafizi Ramli) yang berkata pada tahun 1973 Umno dan PAS juga telah tidur satu bantal tetapi telah bercerai tidak lama selepas itu. Memang betul ketika itu Umno dan PAS telah tidur satu bantal. Tetapi mereka mimpi lain-lain (macam PPBM, PKR, DAP dan PAN). Kali ini, Umno dan PAS tidur satu bantal dan mimpi yang sama. Dan inilah yang paling ditakuti oleh Pakatan Harapan.