Penyatuan PAS-Umno dipersetujui Nik Aziz, kata Hadi


(FMT) – Penyatuan Umno dan PAS dipersetujui bekas Muryidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika beliau masih hidup.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mendedahkan perkara itu hari ini dengan berkata, ia pernah dibincangkan dengan Nik Aziz dalam mesyuarat Majlis Syura parti itu sebelum ini.

“Taawun (kerjasama) ini ialah satu istilah yang sudah sepakat dengan Tuan Guru Nik Aziz ketika beliau masih hidup lagi kerana kerjasama (dengan Umno) pernah ada zaman 70-an dulu.

“Taawaun dibincangkan oleh Majlis Syura Ulamak pada masa Tok Guru masih hidup lagi,” katanya kepada sidang media yang diadakan selepas acara menandatangani Piagam Mufakat Nasional dengan Umno di PWTC hari ini, sekali gus menandakan terjalinnya kerjasama rasmi antara 2 parti politik orang Melayu itu.

 



Comments
Loading...