Orang Melayu tidak control DAP, kata Mahathir


(FMT) – Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata orang Melayu tidak control DAP, sebaliknya kedua-dua pihak menjalin kerjasama erat dalam mentadbir negara.

Beliau berkata demikian merujuk kerjasama PPBM dengan DAP dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).

PH juga dianggotai PKR dan Amanah, selain menjalin kerjasama politik dengan parti-parti di Sabah.

“Orang Cina berkata DAP tidak lagi menjadi juara untuk kaum Cina. Sebab kata orang Melayu mengawal DAP.

“Faktanya kita bekerjasama. Kadang-kadang pandangan DAP lebih menonjol, tetapi suara orang lain pun didengari apabila mereka menyuarakan sesuatu isu,” kata beliau dalam bual bicara bersama radio BFM hari ini.

Beliau juga menegaskan politik perkauman tidak ada peranan di negara ini sekiranya semua pihak percaya “kita semua ada rakyat Malaysia”.

Mahathir juga menegaskan tiada rombakan Kabinet buat masa ini kerana tindakan itu akan menyebabkan menteri baru memerlukan masa untuk mendapatkan pengalaman.

“Jika saya menukar seorang menteri dan menggantikannya, semua calon baru,” kata beliau yang turut menjelaskan kebanyakan menteri semasa adalah dalam lingkungan khidmat setahun dan mereka perlu menyesuaikan diri.

“Apabila anda membuat rombakan akan membawa kepada lebih banyak masalah,” kata beliau yang menjadi perdana menteri kali kedua selepas pilihan raya umum ke-14 tahun lalu.

Majoriti anggota Kabinet merupakan muka baru dalam sistem pentadbiran negara.

Mengulas mengenai tindakan PPBM menerima beberapa ahli Umno, Mahathir yang juga pengerusi parti itu berkata pihaknya hanya menerima mereka yang tidak “mencuri”.

Katanya, sebelum menerima seseorang ahli, individu tersebut mestilah meletak jawatan dari parti asal mereka dan menyokong kerajaan sekarang.

 



Comments
Loading...