Kenapa Kita Masih Memerlukan Sekolah Cina?
Alasan untuk mengekalkan sekolah Cina sebenarnya sudah tidak wujud lagi. Oleh itu, kita tidak lagi perlukan sekolah Cina. Kalau nak ikutkan, rancangan selama tiga tahun sudah mencukupi untuk menutup kesemua sekolah Cina di Malaysia dan menyatukan rakyat Malaysia di bawah satu sistem pendidikan sahaja. Dengan Pakatan Harapan yang menguruskan Malaysia Baru, semestinya kita akan dapat menerima faedah seperti mana yang dikatakan oleh Kit Siang, dan Malaysia akhirnya akan mencapai taraf dunia dengan sistem pendidikan yang akan membuatkan negara seperti Britain iri hati.
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
DAP mendakwa 97% daripada pengundi Cina mengundi Pakatan Harapan. Pakatan Harapan pula mengatakan, kini rakyat Malaysia hidup dalam era Malaysia Baru di bawah Kerajaan Pakatan Harapan. DAP, PKR, PPBM dan PAN mengatakan bahawa Pakatan Harapan telah membuat perubahan, penambahbaikan dan pembaharuan kepada negara. Untuk rakyat Malaysia yang telah mengundi Pakatan Harapan, mereka mengatakan, selepas 61 tahun, mereka akhirnya akan nampak perubahan, penambahbaikan dan pembaharuan di bawah Malaysia Baru.
Sekarang ini, cuba kita jangan mempertikaikan kesemua tuntutan mereka, bersetuju dengan apa yang mereka katakana, dan menganggap perkara itu adalah benar. Maksudnya, Malaysia Baru dibawah Pakatan Harapan akan wujudnya perubahan, penambahbaikan dan pembaharuan. Dalam erti kata lain, Malaysia tidak lagi memerlukan sekolah vernikular ataupun sekolah jenis kebangsaan Cina atau pun India.
Orang Cina berkata sekolah kebangsaan berkualiti rendah dan tidak cukup bagus untuk mereka, itulah sebabnya mereka mahukan sekolah Cina
Apa yang kita perlukan adalah sistem pendidikan untuk semua, ianya bukan sahaja menunjukkan yang Rakyat Malaysia menjadi satu bahkan tidak akan ada lagi jurang kelas atau pun tahap untuk rakyat Malaysia di Malaysia Baru di bawah Pakatan Harapan. Kerana jika sistem pendidikan tersebut bagus untuk Orang Melayu maka sudah semestinya cukup bagus untuk Orang Cina dan India. Ataupun Orang Cina dan India yang tidak cukup bagus untuk sistem pendidikan di Malaysia ini.
Dakwaan Orang Cina pula mengatakan yang sistem pendidikan Malaysia ini kualitinya terlalu rendah untuk mereka. Mungkin untuk Orang Melayu sistem pendidikan Malaysia sudah cukup bagus untuk mereka tetapi bagi Orang Cina pula kualiti dan ‘standard’nya adalah rendah dan tidak cukup bagus untuk mereka dan disebabkan itulah mereka mahukan sistem pendidikan yang lain dan yang lebih bagus dari sistem pendidikan Malaysia yang sedia ada.
Dalam erti kata lain, Orang Melayu boleh menerima layanan kelas ketiga, tetapi untuk Orang Cina mereka tidak akan menerima, melainkan ianya kelas pertama sahaja. Dan sistem pendidikan Malaysia adalah kelas ketiga manakala sekolah Cina adalah kelas pertama.
Dibawah Pakatan Harapan sistem pendidikan akan diperbaharui dan menjadikannya bertaraf dunia dan setaraf dengan sistem pendidikan di UK
Ironiknya, beberapa Menteri Pendidikan yang dahulu, kini berada dengan Pakatan Harapan.
Apapun, itu perkara yang lepas dan ketika itu di era Barisan Nasional dan Malaysia merupakan negara kelas ketiga. Menurut pada Lim Kit Siang, kini Malaysia telah melangkah ke hadapan dan akan menjadi sebuah negara bertaraf dunia. Ini bermaksud bahawa sistem pendidikan Malaysia akan juga bertaraf dunia dan setanding dengan UK.
Jadi, Pakatan Harapan sudah boleh mula menutup sekolah Cina dan Tamil dan katakanlah dalam tempoh tiga tahun pada 2022, kesemua sekolah Cina akan digantikan dengan sekolah kebangsaan. Sebelum PRU15 dalam 2023, ‘standard’ sekolah kebangsaan ini akan bertaraf dunia dan kemungkinan besar lebih bagus dari sekolah Cina.
Sekolah Cina melahirkan Cina bukannya Rakyat Malaysia
Menurut Orang Cina ni, dalam senarai keutamaan mereka, nombor satu adalah pendidikan dan nombor dua baru ekonomi. Saya juga meletakkan pendidikan sebagai nombor satu dalam keutamaan saya. Itulah sebabnya saya menjual kesemua saham saya di Amanah Saham hanya untuk menghantar kedua anak perempuan saya ke universiti di UK (satu di Kent dan satu lagi di Middlesex dan kos lebih kurang dalam £20,000 setahun untuk seorang) Oleh itu, saya tahu macam mana rasanya kehabisan duit hanya untuk menyekolahkan anak.
Alasan untuk mengekalkan sekolah Cina sebenarnya sudah tidak wujud lagi. Oleh itu, kita tidak lagi perlukan sekolah Cina. Kalau nak ikutkan, rancangan selama tiga tahun sudah mencukupi untuk menutup kesemua sekolah Cina di Malaysia dan menyatukan rakyat Malaysia di bawah satu sistem pendidikan sahaja. Dengan Pakatan Harapan yang menguruskan Malaysia Baru, semestinya kita akan dapat menerima faedah seperti mana yang dikatakan oleh Kit Siang, dan Malaysia akhirnya akan mencapai taraf dunia dengan sistem pendidikan yang akan membuatkan negara seperti Britain iri hati.