Allah tidak akan redha perjuangan Pakatan Harapan


Orang munafiq ialah orang yang cakap tidak serupa bikin dan orang yang tidak menunaikan janji-janjinya. Inilah sifat Pakatan Harapan dan sifat yang sangat dibenci oleh Islam. Oleh kerana itu Allah sesatkan mereka dan mereka gagal untuk menemui jalan yang lurus. Mereka akan sentiasa meraba-raba di dalam kegelapan dan akhirnya mereka akan terjunam ke dalam gaung.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Seorang Islam dalam sehari lima waktu sembahyang diwajibkan membaca Surah Al-Fatihah sekurang-kurangnya 17 kali atau lebih kurang 6,200 kali setahun. Sekiranya kita hidup sampai ke umur 80 tahun, maka kita akan membaca lebih kurang sebanyak 400,000 kali Surah Al-Fatiha.

Kalau kita ini sering melakukan solat sunat dan lain-lain lagi, berkemungkinan kita akan membaca Surah Al-Fatiha dari satu juta hingga dua juta kali sepanjang hayat kita, atau sehinggakan berjuta kali sekiranya kita ini warak dan sentiasa duduk diatas sejadah.

Satu juta adalah angka yang banyak. Jika kita membaca Surah Al-Fatiha sehinggakan satu juta kali ianya akan menjadi darah-daging kita. Dan kalau nak di ikutkan sepanjang hayat kita, mandi dan berak pun tidak akan sampai satu juta kali.

Satu juta kali baca Al Fatiha tidak bermakna sekiranya orang itu munafiq

Ayat ke-enam Surah Al-Fatiha ialah “Ihdinā ṣ-ṣirāṭ al-mustaqīm” atau pun “tunjukkan kami jalan yang lurus.”

Lima ayat yang pertama dalam Surah Al-Fatiha ialah pengakuan kita tentang siapanya Allah atau sifat Allah. Pengakuan ini bukan saja deklarasi kita tentang siapanya Allah, tetapi deklarasi kita untuk taat kepada Allah dan menerima sifat-sifat Allah. Pada ayat ke-enam pula kita memohon pertolongan dari Allah untuk memberikan kita petunjuk ke jalan yang lurus atau jalan yang akan membawa kita kepada keredhaan dan keberkatan Allah.

Kalau dah sampai beratus ribu kali kita memohon dari Allah untuk ditunjukkan jalan yang lurus atau jalan yang benar, sudah semestinya Allah akan makbulkannya.

Tetapi, kebanyakan orang Islam tidak menerima hidayat dari Allah, tidak kisahlah berapa ratus ribu kali mereka meminta untuk Allah menunjukkan mereka jalan yang lurus. Ini disebabkan mereka yang memohon kepada Allah dalam keadaan yang tidak ikhlas. Surah Al-Fatiha yang mereka baca itu hanyalah di bibir dan bukannya dari hati atau jiwa mereka.

Al Fatiha di bibir dan bukan dari hati tidak membawa berkat

Disebabkan itu, orang seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan ramai lagi pemimpin-pemimpin politik yang beragama Islam masih tidak jumpa jalan yang lurus atau yang benar. Allah tidak memberikan mereka petunjuk. Jadi mereka akan sentiasa sesat dalam jalan yang bengkok dan berliku. Ini kerana hati mereka sebenarnya tidak ikhlas, jadi mereka tidak akan menerima hidayat, keredhaan dan keberkatan dari Allah.

Orang munafiq ialah orang yang cakap tidak serupa bikin dan orang yang tidak menunaikan janji-janjinya. Inilah sifat Pakatan Harapan dan sifat yang sangat dibenci oleh Islam. Oleh kerana itu Allah sesatkan mereka dan mereka gagal untuk menemui jalan yang lurus. Mereka akan sentiasa meraba-raba di dalam kegelapan dan akhirnya mereka akan terjunam ke dalam gaung.

Sebenarnya, bercakap dari mulut sahaja dan bercakap dari hati banyak bezanya. Dan orang Islam yang memilih atau mengangkat orang munafiq sebagai imam mereka akan senasib dengan orang-orang munafiq itu. Tunggulah balasannya kerana mengangkat orang munafiq menjadi pemimpin negara. Malaysia akan terima bala dan akan hancur, sama seperti negara-negara Islam yang lain dimana negara-negara itu telah bertukar menjadi neraka di dunia.

 



Comments
Loading...