Tun M bawa mesej penting orang Melayu bersatu


(Utusan ) – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim menganggap kata-kata negarawan, Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam Kongres Maruah Melayu pagi tadi mendedahkan bagaimana Perdana Menteri sendiri mementingkan supaya orang Melayu bersatu.

Katanya, apa yang diperkatakan oleh Dr. Mahathir membawa maksud tersirat supaya orang Melayu tidak berpecah belah ekoran kewujudan lebih lima buah parti politik yang mewakili kaum tersebut ketika ini.

Shahidan berkata, UMNO dan Pas lebih awal berusaha mewujudkan kerjasama demi kepentingan orang Melayu menerusi gagasan Muafakat Nasional yang terjalin pada bulan lalu.

“Kongres ini bagus dan mencapai kejayaan. Tetapi ini semua rentetan daripada perpaduan ummah yang wujud antara UMNO dan Pas.

“Maka perhimpunan hari ini lebih mudah kerana dua parti Melayu yang besar, UMNO dan Pas sudah bersatu-padu,” katanya ketika diminta reaksi mengenai penganjuran Kongres Maruah Melayu hari ini di Shah Alam.

 



Comments
Loading...