PELABUR ASING TIDAK YAKIN KERANA PERANGAI ANWAR IBRAHIM, ABDULLAH SANI, JOHARI ABDUL SERTA BEBERAPA ORANG LAGI PEMIMPIN YANG TIDAK BERETIKA!
Khairuddin Abu Hassan
Anwar ibrahim harus ‘zipkan’ mulutnya terlebih dahulu untuk meyakinkan para pelabur asing agar masuk melabur di negara kita secara lebih pesat!!
Pemimpin ‘gila kuasa’ seperti anwar ibrahim serta kuncu-kuncunya lah yang sedang merosakkan reputasi negara kita!!
Buat masa ini semua pemimpin-pemimpin dalam PH harus ‘satu hati’ untuk sama-sama gembeleng tenaga membantu perdana menteri masakini kearah membangunkan semula Malaysia Baharu!!
Bukan masanya untuk bercakap mengenai peralihan kuasa serta berebut jawatan sesama kita semata-mata!!
Bukan saja kita mencetuskan senario kurang yakin kepada para pelabur luar tetapi isu ini juga buatkan keseluruhan rakyat malaysia bosan dengan kerajaan PH yang tidak habis-habis berebut kuasa sesama rakan sendiri!!
Baru setahun lebih sikit saja tun dr mahathir mohamad menjawat jawatan perdana menteri tetapi anwar ibrahim serta kuncu-kuncunya terus merancang secara terancang untuk ambil-alih kepimpinan negara secara berterusan!!
Beliau adalah pakar ‘baling batu sorok tangan!!’ Tokoh pemimpin yang yang tidak ada prinsip dan tidak beretika tidak harus diizinkan untuk ambil-alih kepimpinan negara kerana bakal memudaratkan keseluruhan ummah!!
Mereka tidak sumbang apa pun kearah untuk memperbaikki dan membangunkan Malaysia Baharu; namun hampir setiap hari hanya bercakap mengenai perebutan kuasa semata-mata!!
Selaku presiden parti pkr anwar ibrahim hanya diam ‘seribu bahasa’ melihat beberapa orang tokoh pemimpin tertinggi pkr mencemuh dan mengkritik tun dr mahathir mohamad!!
Saya amat hairan kenapa anwar ibrahim tidak pernah menegur ‘penyangak-penyangak’ kurang ajar ini!! Kalangan ini adalah ‘backbenchers’ PH tetapi mencemuh perdana menteri sendiri!!
Di mana prinsip dan etika mereka selaku ahli-ahli parlimen kerajaan PH?!
Sepatutnya puak-puak bangang ini harus dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar etika parti seringkali menyerang perdana menteri masakini mengenai isu peralihan kuasa!!
Mereka ini hanya pentingkan untuk berebut jawatan semata-mata; bukan memikir bagaimana hendak satukan tenaga kearah memperbaikki segala kerosakan negara yang ditinggalkan oleh rejim kleptokrasi!!
Apa yang sedang dilakukan oleh anwar ibrahim pada hari ini bukan memberi pencerahan mengenai isu peralihan kuasa tetapi hakikatnya, ini adalah ‘perang psikologi’ kearah beliau ‘melobi’ untuk jawatan PM8!!
Kaedah terbaik untuk kita selesaikan isu peralihan kuasa ialah dengan menyerah isu ini kepada keseluruhan ahli-ahli Dewan Rakyat melalui proses pengundian ‘usul undi percaya’ terhadap perdana menteri!!
Biar ahli-ahli Dewan Rakyat dan parlimen yang membuat keputusan samada perdana menteri harus alihkan kuasanya kepada pengganti secara separuh penggal atau sepenuh penggal?!
Kaedah pengundian melalui Dewan Rakyat amat adil dan boleh diterima oleh keseluruhan rakyat di tanahair kita!! Ini cara terbaik untuk mematikan isu peralihan kuasa yang dipermainkan secara hangat oleh anwar ibrahim dan para penyokongnya!!
Seandainya saya beada di dalam Dewan Rakyat; sudah pasti akan bawa ‘usul undi percaya’ kepada perdana menteri agar anwar ibrahim serta kuncu-kuncunya akan gagal ‘mendendangkan’ isu peralihan kuasa secara total!!
Tidak ada sesiapa yang harus disalahkan sekiranya para pelabur asing takut hendak datang melabur di negara kita kononnya atas isu peralihan kuasa yang agak kabur tetapi yang kita patut salahkan ialah anwar ibrahim bersama kuncu- kuncunya yang memainkan sentimen ini secara berterusan untuk mendesak tun dr mahathir mohamad serah kuasa pada beliau!!
Budak sekolah darjah enam pun boleh buat pembacaan politik dan gerakkan konspirasi mereka kearah mendesak perdana menteri serah kuasa pada anwar ibrahim secara kadar segera!!
Insya-Allah, saya ingin melihat sejauh mana para ‘parasit’ ini hendak pergi bagi mencapai matlamat jahat mereka!!
Dalam isu ini; walaupun keseorangan saya akan teruskan perjuangan bagi menentang anwar ibrahim dari menjawat jawatan PM8 kerana ini bukan soal politik tetapi sesungguhnya ianya juga soal ‘aqidah agama!!’
Bab soal ‘agama’ ini akan saya perjelaskan secara jelas kepada keseluruhan rakyat bila masa ketika yang sesuai muncul!! Sama-sama kita tunggu dan lihat!!