Ada bukti Kuan Yau serah komik propaganda pada Nie Ching, kata Lokman Adam


Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor  Adam mempersoalkan sama ada Menteri Pendidikan pernah bertanya kepada Timbalannya Teo Nie Ching mengenai komik propaganda Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama yang diedarkan di sekolah baru-baru ini.

(Malaysia Dateline) – Lokman berkata, Kurator Muzium Kebudayaan Komik Asia, Hew Kuan Yau telah berjumpa Nie Ching pada 12 September lalu untuk menunjukkan komik tersebut.

“Komik propaganda itu mula diedar kepada semua sekolah menengah pada awal bulan Oktober.

Datuk Lokman Noor Adam

“Kantoi..kantoi..kantoi…Maszlee nafi dia beri kebenaran untuk komik propaganda itu diedarkan kepada 2,500 sekolah menengah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.

“Tapi Maszlee pernah tanya bagaimana Kuan Yau mampu mempeolehi alamat untuk 2,500 sekolah menengah itu?” soalnya.

Lokman juga mendakwa, Kuan Yau  telah menutup postingnya itu walaupun sudah ada 400,000 pengikut itu hari ini (merujuk kepada sekeping gambar Kuan Yau bersama Nie Ching).

“Tetapi dia (Kuan Yau) sudah terlambat kerana kita sudah lama buat checking,” katanya dalam kenyataan  menerusi  Telegramnya malam ini.

Memetik surat bertarikh 8 Oktober 2019 yang ditandatangani Pengurus Muzium Kebudayaan Asia, Raymond Chong, komik tersebut bertujuan memberi penjelasan kepada rakyat tentang asal-usul, pembangunan, peluang dan cabaran yang dihadapi oleh inisiatif berkenaan.

Katanya, komik yang diterbitkan pada April 2019 dengan kersajama Dr Hew Kuan Yau dan pelukis komik, Chong Po Ling atau lebih dikenali sebagai Tomato menerima sambutan yang menggalakkan di negara ini dan China.

Buku komik ini juga dihadiahkan kepada Presiden Republik China, Xi Jinping oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad pada 25 April 2019 sempena kunjungan beliau ke Forum Antarabangsa Inisiatif Jalur dan Jalan Kedua yang berlangsung di Beijing.

Komik berkenaan diterbitkan pada April 2019 dalam bahasa Melayu, Cina dan Inggeris atas kerjasama kolektif antara kurator Dr Hew Kuan Yau dan artis komik tempatan Ching Po Ling.

Pada 17 Oktober Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kementerian itu membenarkan komik ‘Inisiatif Jalur Dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ diedar ke sekolah seluruh negara.

KPM dalam satu kenyataan berkata, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah telah diarahkan untuk memastikan semua sekolah tidak menerima dan membuat edaran komik daripada mana-mana pihak atau pembekal.

 



Comments
Loading...