Kalau nak projek, masuk Pakatan Harapan, kata Menteri
(FMT) – Seorang pemimpin Pakatan Harapan mempelawa Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai, Wee Jeck Seng yang baru memenangi kerusi Parlimen itu untuk menyertai gabungan parti pemerintah, jika beliau mahu semua projek yang dijanjikan kerajaan berjalan lancar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong (Warisan-Batu Sapi) berkata, kerajaan PH komited menunaikan segala janjinya, termasuk di kerusi yang dimenangi pembangkang.
“Kita komited laksana projek yang dijanjikan di semua kawasan, baik dari kerajaan atau pembangkang supaya rakyat dapat manfaat dengan projek yang akan dilaksanakan.
“Jadi, saya harap YB Tanjung Piai yang baru ini, sekiranya nak melicinkan lagi pelaksanaan projek, senang saja berhijrah ke blok ini (parti pemerintah),” katanya di Dewan Rakyat hari ini.