Polis buka siasatan kes lagu Negaraku versi Mandarin
(Bernama) – Polis membuka siasatan berhubung dakwaan murid di sebuah sekolah menyanyikan lagu ‘Negaraku’ dalam bahasa Mandarin seperti yang tular dalam media sosial hari ini, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.
“Video itu adalah video lama dan kami akan membuka siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Hari ini, Kementerian Pendidikan dalam kenyataan menyatakan bahawa pihak kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan melibatkan Perlembagaan Malaysia sama ada secara sengaja atau tidak.
Video berdurasi satu minit 23 saat yang menunjukkan murid menyanyikan lagu Negaraku dalam Bahasa Mandarin itu didakwa dirakam pada 26 September, 2018 di sebuah sekolah di Seremban, Negeri Sembilan.
ARVE Error: src mismatch
provider: youtube
url: https://www.youtube.com/watch?v=xRV23GlMYF0
src in org: https://www.youtube.com/embed/xRV23GlMYF0?wmode=transparent&rel=0&feature=oembed
src in mod: https://www.youtube.com/embed/xRV23GlMYF0?wmode=transparent&rel=0
src gen org: https://www.youtube.com/embed/xRV23GlMYF0