Fakta yang tidak dipertikaikan adalah Azilah telah membunuh Altantuya.
Shamsher Singh Thind
‘The first respondent [Azilah Hadri] in his reply reiterated his non-involvement with the murder and repeated his defence as submitted at the High Court. He submitted that he only took the deceased [Altantuya] to Bukit Aman, and after handing over the deceased to the second respondent [Sirul Azhar], his involvement in this case ended.’ – Para 32 Judgment of the Federal Court (2015)
Dalam kata lain, Azilah memberi kenyataan bersumpah dalam Mahkamah bahawa dia tidak berada tempat kejadian dan tidak melakukan pembunuhan. Ini dipanggil defence of alibi. Sekarang, dia bersumpah dalam SD bahawa dia telah membunuh Altantuya tetapi atas arahan rasmi. Ini dipanggil defence of superior orders atau Nuremberg Defence. Pembelaan ini diterima di Malaysia dan dinyatakan di dalam seksyen 76 Kanun Keseksaan.
Saya katakan Azilah bercakap bohong sekarang kerana sekiranya dia membunuh Altantuya atas arahan rasmi, kenapa dia tidak membangkitkan pembelaan ini lebih awal? Pembelaan ini juga tidak dibangkitkan selepas Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman mati. Sebelum ini, saya telah pun menjelaskan bahawa arahan membunuh musuh hanya boleh diberikan oleh pegawai atasan Azilah, dan TPM bukan pegawai atasannya. Kalau ya pun TPM telah memberi arahan tersebut, Azilah masih boleh check dengan pegawai atasannya. Kenapa tak buat?
P.S. Ertinya Azilah adalah contract killer. Dia bekerja untuk #GrabKill. Dia tau apa dia buat itu salah. Sama ada Najib suruh dia bunuh atau Pak Lah suruh, itu isu untuk polis siasat. Tapi fakta yang tidak dipertikaikan adalah Azilah telah membunuh Altantuya. Oleh itu, tiada keperluan untuk menyemak semula sabitan Azilah. Of course, Dr M boleh buat sesuatu supaya Azilah dimaafkan hukumannya.