Dong Zong kecewa polis halang kongres anti-Jawi


(FMT) – Sebanyak 17 kumpulan pendidikan Cina kecewa terhadap tindakan polis mendapatkan injunksi mahkamah untuk menghalang kongres yang dijadualkan esok bagi membincangkan pengenalan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular mulai tahun depan.

“Kami tidak gembira dengan polis memohon mahkamah menghentikan kongres itu.

“Kami berpendapat (kami mempunyai) kebebasan bersuara seperti diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan,” kata Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim.

Beliau berkata, polis tidak patut menghalang kongres yang aman.

“Mesyuarat yang diharamkan itu sepatutnya dihadiri 1,000 NGO Cina.”

 



Comments
Loading...