32 Vellfire dan 3000 Honda Accord nilai lebih dari RM500 juta untuk menteri dan pegawai kerajaan


(Buletin TTKM) – Menteri kewangan, Lim Guan Eng berkata keputusan mengenai pemberian kontrak kenderaan melibatkan 32 unit Vellfire dan 3000 unit Honda Accord untuk menteri dan pegawai tinggi kerajaan masih ditunggu dari kabinet.

Tambahnya lagi, semua kelulusan mengenai perkara itu bergantung kepada kabinet.

Sebelum ini isu kontrak ratusan juta ini mula dibawangkan netizen apabila ditularkan oleh laman Facebook TTKM. Apatah lagi baru-baru ini, kerajaan memansuhkan elaun perkhidmatan kritikal untuk 33 sektor kerana beban kewangan yang tinggi.

Untuk rekod, harga kenderaan bagi Toyota Vellfire adalah sekitar RM185k seunit manakala Harga untuk Honda Accord pula sekitar RM168k seunit.

Kontrak 25 tahun kenderaan kerajaan yang sebelum ini dianugerahkan kepada Spanco pada tahun 1993 tamat hujung tahun lalu.

Kerajaan kemudian telah membuka tender untuk penggantian kereta tersebut termasuk 1300 unit kenderaan penguatkuasaan dalam tempoh Lima tahun akan datang dan juga 8000 unit proton Persona dan Saga untuk kegunaan Jabatan kerajaan.

Syarikat yang membida projek tersebut adalah Spanco, Kumpulan Naza, Berjaya, Sime Darby, DRB-Hicom, Kumpulan Samling, Comos Dan Go Auto.

 



Comments
Loading...