Tiada asas untuk saya ambil ujian poligraf, kata Anwar


(FMT) – Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata, tiada asas untuk beliau menjalani ujian poligraf dalam siasatan polis ke atas laporan salah laku seks yang dibuat terhadapnya oleh bekas pembantu penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther.

“Mesti ada asas, bukti dan keperluan. Jika tidak ada asas, tidak ada keterangan dan saksi, tempat dan semuanya tidak betul, maka hendak buat ujian apa?” soalnya selepas Persidangan International Unity in Diversity 2020 hari ini.

Anwar berkata, sehingga kini tiada arahan polis untuk beliau melakukan ujian itu, tetapi beliau akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam siasatan mereka.

“Mereka tidak ada minta, jadi kenapa timbulkan isu. Anda perlu faham prinsip undang-undang dan keadilan, sebarang tuduhan jika tidak ada asas, anda tidak boleh jadikan seseorang itu defensif dalam isu ini,” katanya.




 



Comments
Loading...