Anwar Ibrahim ‘sedang pujuk’ 20 ahli parlimen BN, sokong beliau jadi PM


(Buletin Asia) – Peluang Presiden PRK, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri adalah tidak menentu, demikian kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Rafizi bagaimanapun menegaskan, ahli parlimen Port Dickson itu memiliki sokongan besar dalam kalangan ahli parlimen PKR dan DAP bagi mendapatkan kerusi Perdana Menteri.

Berdasarkan keadaan semasa, PKR dan DAP menguasai 92 daripada 222 jumlah keseluruhan kerusi parlimen dan hanya memerlukan 20 kerusi saja lagi bagi mendapatkan majoriti mudah dalam Dewan Rakyat.

20 kerusi tersebut ditumpukan kepada ahli parlimen dari Barisan Nasional (BN) yang pro reformasi, berbanding Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Satu sumber memaklumkan, Anwar kini giat ‘mempromosikan diri’ kepada ahli parlimen BN untuk menyokong beliau menjadi Perdana Menteri dan mensasarkan ahli parlimen yang mempunyai ‘rekod pahit’ dengan Mahathir.

Anwar juga berang dengan beberapa ahli parlimen BN yang pro Mahathir melalui satu kumpulan yang dipanggil ‘pintu belakang’ bagi menggagalkan proses peralihan kuasa Perdana Menteri ke-lapan.

Setakat ini, ahli parlimen BN yang pernah menyatakan sokongan pada Anwar adalah bekas Menteri Pelancongan, Dato’ Sri Mohamed Nazri Aziz.

Dalam satu wawancara dengan Bloomberg Television, Anwar menjangkakan kan mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Mahathir Mohamad tahun ini.

Baru-baru ini, Mahathir didesak menetapkan tarikh khusus untuk menyerahkan kuasanya kepada Anwar seperti yang dipersetujui pemimpin Pakatan Harapan sebelum pilihan raya umum ke-14 tahun lalu.

Mahathir yang dilantik semula sebagai Perdana Menteri susulan kemenangan PH dalam PRU14, berulang kali menegaskan beliau akan mengotakan janji untuk berundur selepas memerintah kira-kira 2 tahun.

 



Comments
Loading...