Mahathir pelik orang cium tangan pencuri
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal cium tangan Dr Mahathir
(Bernama) – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan rakyat agar berwaspada dalam memilih pemimpin bagi mengelak kemungkinan negara diterajui semula oleh apa yang disifatkan beliau sebagai pencuri.
Perdana menteri merangkap pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata beliau tidak faham bagaimana sesetengah masyarakat mudah terpengaruh dengan orang yang kini menghadapi perbicaraan atas tuduhan melakukan perbuatan itu.
“Kita sampai kepada satu tahap yang orang cium tangan pencuri, panggil bossku, jadi bossku curi duit pun tak apa. It´s okay to steal (Adalah okay mencuri),” katanya dengan nada sinis.
“Saya tak taulah macam mana orang boleh terpengaruh dengan seorang yang even now is facing a trial for cheating, for stealing money (malah sekarang sedang dibicarakan bagi pertuduhan menipu, mencuri duit),” kata Dr Mahathir pada sidang media selepas melawat projek demonstrasi 5G di sini, hari ini.