Apabila Matlamat Perjuangan Adalah Lebih Penting Daripada Parti


Salleh Said

1. PAS meraih dua juta undi sedangkan keahliannya hanya satu juta. DAP turut mampu meraih dua juta undi sedangkan keahliannya lebih kecil daripada PAS. UMNO mendakwa mempunyai seramai 3.5 juta ahli, namun hanya meraih 2.5 juta undi.

2. Situasi ini berlaku kepada semua parti politik Malaysia di mana jumlah keahlian tidak selari dengan jumlah undi yang mereka dapat.

3. Ini tidak hanya berlaku di Malaysia. Sebagai contoh, pengundi di UK tidak lagi mengundi berdasarkan parti. Parti Liberal Demokratik adalah sebuah parti yang kecil namun dalam Pilihan Raya Umum 2019, ia telah meraih 3.7 juta undi atau 11.6% dari jumlah undian, sementara Parti Konservatif meraih 14 juta undi atau 43.6%.

4. Ini berlaku kerana mereka yang mengundi Parti Buruh dalam pilihanraya sebelum ini tidak lagi mengundi Parti Buruh. Malahan, ramai yang telah mengundi Parti Buruh sepanjang hayat mereka telah memberikan undi mereka kepada lawan parti tersebut.

5. Kenapa ini berlaku? Adakah mereka telah meninggalkan Parti Buruh untuk menyokong salah satu daripada sembilan parti lain yang bertanding? Tidak juga. Mereka masih lagi menyokong Parti Buruh, dan mereka tidak mungkin akan meninggalkan Parti Buruh sama sekali.

6. Ini berlaku kerana pada Disember lepas, mereka membuat keputusan bahawa matlamat perjuangan adalah lebih penting daripada parti.

7. Dalam kes ini, matlamat perjuangan tersebut adalah Brexit. Rakyat Britain sudah bosan dengan isu Brexit yang berpanjangan tanpa penyelesaian. Selepas beberapa tahun, kerajaan masih tidak mampu menyelesaikannya kerana Perdana Menteri tidak mendapat majoriti yang diperlukan di Parlimen.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...