Antara Kebebasan Bersuara & Menghormati Privasi


Salleh Said

1. Di UK, ahli-ahli parlimen yang tidak bersetuju dengan pendirian parti akan melepaskan jawatan dan membuka jalan untuk pilihan raya kecil. Sekiranya mereka tidak bersetuju dengan keputusan pemimpin parti, mereka juga akan keluar parti untuk menyertai parti lain, atau menjadi calon bebas.

2. Kita ambil Brexit sebagai contoh. Sekiranya pendirian parti, atau pendirian pemimpin parti tidak sama dengan pendirian mereka, maka tidak wajar bagi mereka untuk kekal di dalam parti atau kekal sebagai ahli parlimen yang mewakili parti mereka.

3. Adalah sangat tidak beretika sekiranya mereka kekal di dalam parti atau kekal menjadi ahli parlimen dan kemudiannya mensabotaj parti mereka sendiri menerusi kenyataan yang merosakkan parti atau apabila mereka mendedahkan rahsia parti.

4. Dalam sebuah demokrasi, kita mempunyai kebebasan untuk menyokong atau menentang sesuatu isu. Namun, ianya harus dilakukan dalam cara yang berhemah dan menerusi landasan yang betul. Etika menuntut agar kita tidak mendedahkan rahsia parti yang boleh mensabotaj parti kita sendiri.

5. Kita rakyat Malaysia amat gemar menggunakan alasan kebebasan bersuara dalam mempertahankan tindakan kita. Memang benar kita mempunyai hak tertentu, dan kebebasan untuk mengutarakan pendapat adalah termaktub dalam hak-hak tersebut.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...