MKT UMNO puas hati penjelasan Zahid


(Berita Harian) – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berpuas hati dengan penjelasan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung situasi politik semasa ketika ini yang turut dipercayai bakal merintis kerjasama UMNO dengan parti kerajaan.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata Presiden turut menjelaskan kepada MKT pelbagai senario dan kemungkinan yang berlaku dalam politik semasa.

“MKT berpuas hati dengan penjelasan itu dan majlis turut memberikan pandangan untuk perhatian dan tindakan Presiden UMNO.

“MKT amat bimbang dengan kedudukan orang Melayu, umat Islam dan rakyat yang semakin terhimpit berpunca daripada kegagalan Pakatan Harapan (PH),” katanya dalam kenyataan media hari ini.

 



Comments
Loading...