Masa Untuk Perbetulkan Keutamaan Kita
Salleh Said
1. Sudah 648 hari berlalu sejak PRU14 namun ‘politicking’ yang menyelubungi Malaysia hari ini membayangkan seolah-olah rakyat Malaysia akan keluar mengundi pada hari esok.
2. Ada masa untuk berpolitik, namun kita tidak sepatutnya menghabiskan 24 jam sehari untuk berpolitik.
3. Kini sudah tiba masanya untuk perbetulkan keutamaan kita. Kita hidup bukanlah semata-mata untuk berpolitik. Kita juga perlu membina negara dan menyediakan landasan kukuh untuk sebuah negara yang stabil demi masa hadapan generasi akan datang.
4. Kita telah mewarisi sebuah negara yang ulung daripada nenek moyang kita yang telah berjuang dan berkorban agar kita dapat menikmati kehidupan yang baik hari ini.
5. Tanggungjawab kita hari ini adalah untuk melakukan perkara yang sama untuk cucu-cicit kita agar mereka dapat menerima warisan yang sepatutnya mereka terima daripada kita.
6. Pakar-pakar menjangkakan bahawa wabak Koronavirus akan melemahkan ekonomi banyak negara, atau sekurang-kurangnya memperlahankan pertumbuhan negara-negara tersebut. Malaysia akan turut terjejas akibat bencana ini.