Semua MT UMNO diarah hadir mesyuarat hari ini – Annuar


(Malaysia Gazette) – Ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO masing-masing mendapat arahan daripada presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk hadir ke mesyuarat khas yang diadakan petang ini.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa apabila memberitahu, mereka mendapat arahan itu sejurus mengadakan satu perjumpaan di Janda Baik, Pahang yang turut dihadiri Ahmad Zahid pagi tadi.

“Bila kami berada di sana (Janda Baik) saya telah diarahkan oleh presiden untuk memanggil semua ahli MT datang untuk bermesyuarat petang ini,” katanya ketika ditemui di Lobi Menara Dato Onn di sini hari ini.

Sementara itu, beberapa ahli MT yang ditemui menyatakan tidak tahu tentang agenda yang akan dibawa dalam mesyuarat sebentar nanti.

Perkara itu hanya akan diketahui semasa sesi mesyuarat dan ketika ini mereka tidak boleh berkongsikan apa-apa maklumat kepada media.

 



Comments
Loading...