Agong lantik Mahathir Perdana Menteri interim


KENYATAAN MEDIA YAB DATO’ SERI DR MAHATHIR BIN  MOHAMAD SEBAGAI PERDANA MENTERI INTERIM

Adalah dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang  di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah  Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah  berkenan menerima peletakan jawatan YAB Tun Dr. Mahathir bin  Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

2. Walau bagaimanapun, Baginda telah berkenan untuk melantik YAB  Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri interim sementara  menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras dengan  Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

3. Justeru itu, selaku Perdana Menteri interim, beliau akan  menguruskan pentadbiran Negara sehingga Perdana Menteri dan ahli  kabinet yang baharu dibentuk.

MOHD ZUKI BIN ALI
Ketua Setiausaha Negara

 



Comments
Loading...