‘Non-Muslim’ dominasi kerajaan Anwar
Selepas Melayu PPBM dan Melayu PKR beramai-ramai tinggalkan PH, mereka nak kata “bukan Islam dalam PH semakin kuat dan semakin ramai.
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF
(Harakah Daily) – Kerajaan PH 2.0 yang diura-ura dibentuk sebagai kerajaan minoriti dengan mengangkat Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri akan terdiri daripada majoriti Ahli Parlimen bukan-Islam.
Ketika ini gabungan PH masih terdiri daripada tiga parti iaitu PKR, DAP dan PAN setelah BERSATU mengisytiharkan keluar daripada pakatan tersebut kelmarin dahulu menjadikan kini mereka hanya memiliki 92 kerusi di Dewan Rakyat.
Jumlah tersebut bererti kekurangan 20 kerusi untuk membentuk majoriti mudah yakni 112 daripada 222 kerusi, malah parti-parti lain yang lain juga belum dapat mengesahkan jumlah tepat kedudukan kerusi dimiliki ketika ini.
Setiausaha PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Dato’ Mohd Shahir menghuraikan, komposisi terkini di dalam PH 2.0 adalah terdiri daripada hanya 33 atau 35.86 peratus Muslim, sedangkan 59 atau 64.13 peratus adalah bukan-Muslim.
Iaitu secara pecahannya mereka yang terdiri daripada 92 kerusi itu adalah Ahli Parlimen Muslim PKR (21), PAN (11) dan DAP (1), manakala Ahli Parlimen bukan-Muslim DAP (41) dan PKR (18).
“Ini bermakna kerajaan yang mahu Anwar bentuk nanti punya 59 wakil Non-Muslim berbanding hanya 33 yang Muslim iaitu kelebihan 26 orang Non-Muslim.
“Demi kuasa dan kedudukan Anwar sanggup menjadi PM dalam kerajaan majoriti Non-Muslim. Bagaimanakah nasib dan masa depan umat Melayu Islam nanti?
“Bagaimana dengan nasib Dr Zakir Naik, Pilihan Raya PBT, pengajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah, ratifikasi ICERD, Statut Rom, RUU 355, hak untuk murtad, hak mengamal LGBT, pentadbiran Agama Islam, kerja-kerja amar makruf nahi munkar?
“Kerana Anwar kita terjebak menggadaikan maruah dan harga diri kita. Renungkanlah,” seru beliau. – HARAKAHDAILY 27/2/2020
Kenali 92 penyokong Anwar: 59 MP bukan-Islam, 33 MP Islam
41 MP bukan Islam DAP
P.043 – Bagan: Lim Guan Eng
P.045 – Bukit Mertajam: Sim Chee Keong
P.046 – Batu Kawan: Kasthuriraani A/P Patto
P.048 – Bukit Bendera: Wong Hon Wai
P.049 – Tanjong: Chow Kon Yeow
P.050 – Jelutong: Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji
P.051 – Bukit Gelugor: Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh
P.060 – Taiping: Teh Kok Lim
P.064 – Ipoh Timur: Wong Kah Woh
P.065 – Ipoh Barat: M.Kulasegaran A/L V.Murugeson
P.066 – Batu Gajah: Sivakumar A/L Varatharaju Naidu
P.068 – Beruas: Ngeh Koo Ham
P.070 – Kampar: Thomas Su Keong Siong
P.076 – Teluk Intan: Nga Kor Ming
P.089 – Bentong: Wong Tack
P.102 – Bangi: Ong Kian Ming
P.103 – Puchong: Gobind Singh Deo
P.106 – Damansara: Pua Kiam Wee
P.110 – Klang: Charles Anthony A/L R.Santiago
P.114 – Kepong: Lim Lip Eng
P.117 – Segambut: Hannah Yeoh Tseow Suan
P.120 – Bukit Bintang: Fong Kui Lun
P.122 – Seputeh: Teresa Kok Suh Sim
P.123 – Cheras: Tan Kok Wai
P.128 – Seremban: Anthony Loke Siew Fook
P.130 – Rasah: Cha Kee Chin
P.138 – Kota Melaka: Khoo Poay Tiong
P.142 – Labis: Pang Hok Liong
P.145 – Bakri: Yeo Bee Yin
P.152 – Kluang: Wong Shu Qi
P.162 – Iskandar Puteri: Lim Kit Siang
P.163 – Kulai: Teo Nie Ching
P.172 – Kota Kinabalu: Chan Foong Hin
P.181 – Tenom: Noorita Binti Sual
P.186 – Sandakan: Vivian Wong Shir Ye
P.192 – Mas Gading: Mordi Anak Bimol
P.195 – Bandar Kuching: Kelvin Yii Lee Wuen
P.196 – Stampin: Chong Chieng Jen
P.208 – Sarikei: Wong Ling Biu
P.211 – Lanang: Alice Lau Kiong Yieng
P.212 – Sibu: Oscar Ling Chai Yew (DAP)
18 MP bukan-Islam PKR
P.009 – Alor Setar: Chan Ming Kai
P.017 – Padang Serai: Karupaiya A/L Mutusami
P.052 – Bayan Baru: Sim Tze Tzin
P.062 – Sungai Siput: Kesavan A/L Subramaniam
P.071 – Gopeng: Lee Boon Chye
P.077 – Tanjong Malim: Chang Lih Kang
P.094 – Hulu Selangor: Leow Hsiad Hui
P.097 – Selayang: William Leong Jee Keen
P.104 – Subang: Wong Chen
P.107 – Sungai Buloh: Sivarasa A/L K.Rasiah
P.112 – Kuala Langat: Xavier Jayakumar A/L Arulanandam
P.115 – Batu: Prabakaran A/L M Parameswaran
P.116 – Wangsa Maju: Dr.Tan Yee Kew
P.158 – Tebrau: Choong Shiau Yoon
P.190 – Tawau: Christina Liew Chin Jin
P.203 – Lubok Antu: Jugah AK Muyang
P.209 – Julau: Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien
P.219 – Miri: Michael Teo Yu Keng
21 MP Islam PKR
P.002 – Kangar: Noor Amin Bin Ahmad
P.010 – Kuala Kedah: Azman Bin Ismail
P.014 – Merbok: Nor Azrina Binti Surip
P.015 – Sungai Petani: Johari Bin Abdul
P.018 – Kulim-Bandar Baharu: Saifuddin Nasution Bin Ismail
P.044 – Permatang Pauh: Nurul Izzah Binti Anwar
P.053 – Balik Pulau: Muhammad Bakhtiar Bin Wan Chik
P.083 – Kuantan: Fuziah Binti Salleh
P.100 – Pandan: Wan Azizah Binti Wan Ismail
P.105 – Petaling Jaya: Maria Chin Binti Abdullah
P.109 – Kapar: Abdullah Sani Bin Abdul Hamid
P.118 – Setiawangsa: Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
P.121 – Lembah Pantai: Ahmad Fahmi Bin Mohamed Fadzil
P.132 – Port Dickson: Anwar Bin Ibrahim
P.136 – Tangga Batu: Rusnah Binti Aluai
P.137 – Hang Tuah Jaya: Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin
P.141 – Sekijang: Natrah Binti Ismail
P.144 – Ledang: Syed Ibrahim Bin Syed Nor
P.159 – Pasir Gudang: Hassan Bin Abdul Karim
P.160 – Johor Bahru: Akmal Nasrullah Bin Mohd Nasir
P.173 – Putatan: Awang Husaini Bin Sahari
11 MP Islam PAN
P.008 – Pokok Sena: Mahfuz Bin Omar
P.057 – Parit Buntar: Mujahid Bin Yusof
P.074 – Lumut: Mohd Hatta Bin Md Ramli
P.088 – Temerloh: Mohd. Anuar Bin Mohd Tahir
P.096 – Kuala Selangor: Dzulkefly Bin Ahmad
P.101 – Hulu Langat: Hasanuddin Bin Mohd Yunus
P.108 – Shah Alam: Khalid Bin Abd Samad
P.111 – Kota Raja: Mohamad Bin Sabu
P.113 – Sepang: Mohamed Hanipa Bin Maidin
P.133 – Tampin: Hasan Bin Bahrom
P.161 – Pulai: Salahuddin Bin Ayub
1 MP Islam DAP
P.080 – Raub: Tengku Zulpuri Shah Bin Raja Puji
Mengapa agaknya bukan-Islam kuat menyokong Anwar?