Kenapa Guan Eng tak saman Najib dan Wee Ka Siong?
Najib Tun Razak
Saya bongkar lagi cara Guan Eng main propaganda dan wayang.
Tahun lalu, dia failkan saman fitnah terhadap RPK di Malaysia kerana dakwa RPK telah memfitnah dia tentang skandal terowong Pulau Pinang.
Oleh kerana RPK sudah lama berpindah ke United Kingdom, dia tak jawab pun saman Guan Eng di Malaysia.
RPK tak kisah pun dia disaman oleh Guan Eng kerana dia langsung tidak terkesan apa jua keputusan Mahkamah di sini.
Guan Eng tahu ini, sebab itu dia saman di Malaysia sahaja dan tak saman di United Kingdom seperti apa yang PAS lakukan terhadap Clare Brown.
Sebab RPK tak cabar kes di Malaysia ini, mahkamah perintah Guan Eng menang kes saman fitnah dia dengan cara penghakiman terus (summary judgment) tanpa perbicaraan.
Nanti, Guan Eng dan penyokong DAP akan keluarkan propaganda bahawa kemenangan Guan Eng dalam saman terhadap RPK ini adalah bukti bahawa dia tidak rasuah dalam skandal terowong.
Guan Eng sepatutnya saman saya dan Wee Ka Siong juga dan bukan hanya saman RPK kerana kita juga dedah bukti-bukti dan tuduhan yang sama tentang skandal terowong ini.
Nah! Saya bagi link tulisan skandal terowong saya sekali lagi supaya Guan Eng boleh saman saya.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156580929675952
Link itu sudah capai 5,300 kongsian dan telah dibaca oleh lebih 1 juta orang tapi Guan Eng tak saman pulak.
Kenapa Guan Eng tak saman saya atau Wee Ka Siong tapi pilih untuk saman RPK sedangkan kedua-dua kita berada di Malaysia?
Jawablah.