Tiada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Pada 2 Mac
(Perak Today) – Yang di-Pertua Dewan Rakyat hari ini memaklumkan tiada Mesyuarat Khas akan diadakan pada Isnin, 2 Mac ini seperti yang dicadangkan Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis.
Menurut Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, ia berikutan Surat Pemanggilan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang dikemukakan Tun Dr Mahathir terhadapnya tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat 11(3) memetik Astro Awani.
Susulan itu keperluan untuk mengadakan Mesyuarat Dewan akan hanya dibuat selepas mendapat titah rasmi daripada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.