Masa Untuk Perdamaian Dan Penyembuhan Negara
Salleh Said
1. Rakyat Malaysia sukar memahami bahawa ‘there is a time and place for everything’.
2. Kita berkecenderungan untuk bermain politik sebaik saja sehari pilihan raya umum berlalu, dan kita akan terus berpolitik tanpa henti sehinggalah tiba pilihan raya umum seterusnya lima tahun kemudian.
3. Memanglah benar kita boleh bertungkus lumus sepenuh hati dalam arena politik dan tegas mempertahankan kepercayaan dan matlamat kita, namun sebaik sahaja keputusan diumumkan kita sepatutnya berhenti ‘berperang’ dan mula bekerja.
4. Namun nampaknya kita tidak berupaya untuk menukar ‘mode’ dan kita terus berada dalam ‘fighting mode’ apabila kita sepatutnya berada dalam ‘working mode’.