Mahathir iktiraf kerajaan baru


(Bernama) – Pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan Perikatan Nasional mampu bertahan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) merupakan satu pengikitirafan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS ketika menyatakan perkara itu turut yakin kerajaan baharu akan meneruskan dasar-dasar yang baik oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini demi kebaikan rakyat.

“Terima kasih kepada Tun (Dr Mahathir) atas pandangan positif terhadap kerajaan baharu (Perikatan Nasional) ini,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Dr Mahathir dalam satu wawancara eksklusif bersama sebuah akhbar tempatan semalam percaya kerajaan baharu yang dipimpin oleh Muhyiddin mampu bertahan sehingga PRU15 kerana sudah mempunyai cukup sokongan di Dewan Rakyat.

Sehubungan itu Dr Mahathir berharap kerajaan yang dipimpin Muhyiddin dapat meneruskan dasar-dasar baik yang telah diumumkan kerajaan PH sebelum ini, seperti Wawasan 2030

 



Comments
Loading...