Siti Zainab Omar Mesti Dedahkan Apakah Komplot Beliau Dgn Tony Pua & Tommy Thomas


Zaiton Sulaiman

Semua orang tahu hubungan Tony Pua dengan Lim Guan Eng, dahulunya Menteri Kewangan. Sebagai setiausaha politik kepada Lim Guan Eng, kuasa dan pengaruh nya dikatakan amat besar.

Difahamkan dia boleh mempengerusi mesyuarat-mesyuarat pegawai-pegawai kerajaan di Kementerian Kewangan dan mempengaruhi keputusan-keputusan mesyuarat supaya mengikut kehendak Lim Guan Eng.

Perkara ini (jika benar), semestinya menimbulkan ketidakpuasan hati Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan pegawai-pegawai. Ini kerana arahan kerajaan ialah Setiausaha Politik tidak boleh mencampuri urusan kerajaan. Arahan ini nampaknya seperti tidak diendahkan oleh Tony Pua, jika apa yang dikatakan itu betul.

Dalam masa sama, kita juga diberitahu bahawa Tommy Thomas dilantik sebagai Peguam Negara atas desakan parti DAP. Ini dimaklumkan, adalah satu syarat kerjasama mereka dalam Pakatan Harapan. Oleh itu boleh dikatakan Tommy Thomas adalah Peguam Negara bagi DAP. Menurut sumber, Tommy Thomas sendiri mengaku bahawa dia adalah Peguam Negara bagi Pakatan Harapan kepada pegawai-pegawai tinggi Jabatan Peguam Negara. Tetapi, pegawai-pegawai Jabatan Peguam Negara ini sebenarnya tahu yang dia adalah Peguam Negara bagi DAP.

Ada maklumat mengatakan saban hari, Tony Puan akan berhubung dengan Tommy Thomas. Tetapi apabila mengetahui bahawa perbualan telefon boleh diintip oleh agensi keselamatan negara, Tony Pua akan datang sendiri berjumpa Tommy di pejabat. Ia akan berkisar dalam hal-hal di mana Lim Guan Eng ada kepentingan.

Dikatakan pengetahuan undang-undang Tommy Thomas tidak lah begitu baik dalam hal pentadbiran kerajaan. Kita biasa dengar dia berkata yang dia pakar dalam undang-undang perlembagaan. Sebenarnya dia tidak berapa pandai. Ada pegawai undang-undang yang lebih bagus dari dia. Kerana kepandaian pegawai ini, Tommy difahamkan mendesak supaya pegawai ini diketepikan. Pegawai ini akhirnya diletakkan di Bahagian Penyelidikan.

Semua orang di Jabatan Peguam Negara katanya tahu hal ini.

Dalam perkara undang-undang pentadbiran kerajaan, Tommy Thomas akan meminta Tony Pua berjumpa seseorang bernama Siti Zainab dahulu untuk mendapat idea dan strategi. Siti Zainab adalah Peguamcara Negara II. Tommy Thomas tidak meminta Tony Pua berjumpa Engku Faizah yang juga Peguamcara Negara kerana dia difahamkan kurang mempercayai Engku Faizah. Semua perkara dibincang dengan Siti Zainab. Banyak perkara dibincangkan oleh Tony Pua dengan Siti Zainab. Kebiasaannya menurut individu yang tahu, pintu akan ditutup dan dikunci supaya orang tidak nampak atau dengar perbincangan mereka. Setelah berbincang, baru Tony Pua dan Siti Zainab akan berjumpa Tommy Thomas.

Tidak hairanlah sekiranya bermesyuarat dengan pegawai pegawai lain, dikatakan Siti Zainab ini akan menyebelahi Tommy dan Tony Pua walaupun ianya berlawanan dengan dasar kerajaan dan tidak melindungi kepentingan negara.

Justeru, Peguam Negara baru kena menjalankan siasatan apakah perkara-perkara yang dibincangkan oleh Siti Zainab dengan Tony Pua dan Tommy Pua. Sekiranya benar apa yang disampaikan beberapa sumber di atas, satu laporan polis perlu dibuat samada berlaku salah guna kuasa Tommy Thomas atau berlaku pensubahatan melibatkan Siti Zainab.

 

 



Comments
Loading...