Polis siasat penyebar berita anak Lim Guan Eng ditahan di Singapura
(Malaysia Gazette) – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat mereka yang menyebarkan berita palsu, berhubung dakwaan anak seorang pemimpin kanan sebuah parti Pakatan Harapan (PH) ditahan di Singapura, kerana membawa masuk wang RM2 juta.
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, laporan berita berkenaan adalah untuk mengaib dan memburukkan seseorang.
“Kami akan siasat penyebar berita palsu itu dan ambil tindakan, manakala laporan berita berkenaan adalah tidak tepat sama sekali,” katanya kepada Bernama.
Hari ini, tular di media sosial berhubung laporan akhbar berbahasa Cina yang mendakwa seorang anak pemimpin kanan sebuah parti politik ditahan, selepas cuba membawa masuk wang itu ke republik berkenaan, tanpa mengisytiharkannya melalui saluran sah.
https://youtu.be/lvbmPyMgJwE