COVID-19: Britain umum perintah berkurung 3 minggu


(Agensi) – Britain mengambil langkah sama seperti negara lain, dengan mengumumkan perintah berkurung tiga minggu bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Selain itu, semua premis menjual barangan yang bukan kepentingan juga ditutup, termasuk melarang perhimpunan lebih daripada dua orang.

“Jangan keluar rumah,” kata Perdana Menteri Britain, Boris Johnson.

Angka kematian di Britain setakat pagi sudah mencecah 335 orang.

Sementara itu, di California, negara itu memerlukan tambahan 50,000 katil hospital susulan peningkatan mendadak jumlah pesakit positif wabak COVID-19.

Gabenor California, Gavin Newsom berkata, jangkaan di buat berdasarkan kadar jangkitan serta penambahan kes harian yang disahkan kebelakangan ini.

“Kerajaan negeri memerlukan tambahan katil yang sebahagiannya boleh disediakan hospital tetapi ribuan lagi perlu diperoleh segera sekiranya ramalan penularan penyakit ini menjadi kenyataan.

“Kerajaan juga terpaksa membeli 200 juta pakaian pelindung diri bagi kegunaan doktor dan jururawat mengendalikan kes COVID-19,” katanya.

 



Comments
Loading...