Najib Razak kata Khalid Samad cuba tipu rakyat


Time PKP pun depa fikir rakyat masih mudah ditipu?

Semalam, Lid kata parti PAN ditubuhkan kerana PAS nak bersama UMNO.

Ini tidak betul.

PAN ditubuhkan SELEPAS Lid dan geng-geng mereka kalah teruk dalam pemilihan parti PAS tahun 2015.

Mereka kalah teruk kerana ramai ahli-ahli PAS tak puas hati bahawa puak PAN khianati parti mereka dalam kemelut langkah Kajang pada tahun 2014 untuk memfitnah dan menyingkir Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Lid sendiri kalah.

Mat Sabu, Mahfuz Ormar, Husam Musa, Salahuddin Ayub, Mujahid Yusuf Rawa, Dzulkefly Ahmad, Hanipa Maidin dan Dr Siti Mariah Mahmud kalah.

Geng-geng ini hanya menubuhkan PAN selepas mereka semua kalah dan gagal mendapat jawatan dalam parti.

Kalau geng mereka menang tahun 2015 itu, adakah mereka akan tinggalkan parti untuk menubuh parti baru?

Macam ini pun Lid masih nak menipu Rakyat sedangkan ini semua adalah sejarah yang tidak dapat dinafikan?

Google sikit sahaja dah tahu siapa menipu.

Orang PH masih fikir rakyat terlalu mudah untuk ditipu.

*********************************************************************************

Mat Sabu, Pemimpin PAS Kalah Pemilihan Bakal Diraikan

(Mstar, 10 Jun 2015) – Kumpulan pro-Pakatan Rakyat dalam PAS yang tewas semasa pemilihan parti itu minggu lalu bakal diraikan dalam sebuah majlis makan malam secara besar-besaran.

Penganjuran atas nama solidariti itu bakal ‘meraikan’ kekalahan Mohamad Sabu yang tewas dalam pemilih jawatan timbalan presiden PAS serta Datuk Mahfuz Omar yang gagal meraih kedudukan dalam senarai tiga jawatan naib presiden.

Turut bakal diraikan ialah beberapa pemimpin PAS yang tewas bagi pemilihan jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat termasuk Khalid Samad.

Sehubungan itu ahli PAS yang digantung keahlian, Saari Sungib yang mengetuai kumpulan dikenali sebagai ‘Otai Reformis’ akan menganjurkan sidang media pada Rabu berhubung majlis tersebut.

Turut dikatakan akan menyertai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang pada sidang media itu ialah Naib Presiden PKR, Tian Chua dan bekas Adun DAP Selangor, Ronnie Liu.

Pengendali kumpulan berkenaan, Abdul Razak Ismail ketika dihubungi mStar Online mengesahkan mengenai perancangan penganjuran program makan malam itu.

Pemilihan kepimpinan baharu PAS pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 minggu lalu menyaksikan penguasaan kumpulan pro-ulama dalam hampir setiap jawatan termasuk di peringkat Dewan Pemuda PAS dan Dewan Muslimat PAS.

Bagi kepimpinan peringkat pusat, antara pemimpin dari kumpulan profesional yang dilabel pro-Pakatan Rakyat tewas dalam pemilihan ialah Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, Dr Dzulkefly Ahmad, Hanipa Maidin serta Dr Siti Mariah Mahmud.

 



Comments
Loading...