Bila Charles, Steven hendak letak jawatan?


(MalaysiaGazette) – Masih terdapat dua pemimpin DAP yang masih belum dipecat daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara sejak Kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerintah negara.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, mereka adalah Pengerusinya iaitu Charles Santiago yang merupakan Ahli Parlimen DAP Klang dan Steven Choong Shiau Yoon (Ahli Parlimen PKR Tebrau) sebagai Ahli Suruhanjaya itu.

Tegas beliau, mereka perlu dipecat dengan serta-merta untuk memberi laluan dan peluang kepada individu baru.

“Jika dahulu, kerajaan PH tidak mengambil masa yang lama untuk memecat lantikan politik daripada UMNO, kini kerajaan juga perlu melakukan perkara yang sama.

“Tindakan paling bermaruah dan elok adalah individu yang memegang jawatan melalui lantikan politik segera meletakkan jawatan masing-masing sebelum dimalukan dengan surat pemecatan.

“Begitu juga lantikan politik PH di agensi lain seperti NIOSH, SEDA, YADIM dan sebagainya. Mereka sepatutnya mencontohi keberanian Latheefa Koya dan Tommy Thomas. Kerajaan Baru, Muka Baru,” tulisnya di laman Facebook milik beliau.

 



Comments
Loading...