Pakatan Harapan tidak tahu Anwar jumpa PM?


ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR, HARAKAH

Mengikut laporan pertemuan Anwar dengan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin tiada dalam pengetahuan pimpinan Pakatan Harapan (PH).

PH dilaporkan tidak tahu menahu akan perjumpaan berkenaan dan ada pimpinannya mula mempertikaikan langkah Anwar itu kerana tidak dimaklum terlebih dahulu.

Kalau Ketua Wanita PKR Haniza Talha boleh digantung keahliannya kerana kononnya berjumpa Azmin bagaimana dengan Anwar? Apa istimewa Anwar hingga boleh bertindak sendiri jumpa musuh?

Pendakwaan berpilih sudah jadi darah daging. Sementara itu anehnya hingga saat ini PM langsung tidak ulas atau buat kenyataan mengenai kehadiran Anwar itu. Tidak penting. Tapi Anwar bagaikan ayam bertelur, riuh satu Malaya.

 



Comments
Loading...