Anwar dijangka jadi Ketua Pembangkang


Persepakatan telah dicapai antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Anwar mengenai calon Ketua Pembangkang.

(Malaysia Gazette) – Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pilihan Pakatan Harapan (PH) untuk menjadi Ketua Pembangkang apabila Dewan Rakyat bermesyuarat pada 18 Mei nanti.

Sinchew Daily melaporkan, walaupun DAP telah menjadi parti pembangkang terbesar  dengan 42 kerusi berbanding PKR (39) dan Amanah (11), tetapi DAP sanggup melepas jawatan Ketua Pembangkang.

Sumber memberitahu, persepakatan telah dicapai antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Anwar mengenai calon Ketua Pembangkang.

Persepakatan tiga pemimpin itu bagaimanapun perlu dimuktamadkan dalam mesyuarat majlis presiden PH yang bakal diadakan.

Ditanya sama ada Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menjadi Ketua Pembangkang pada saat-saat akhir, sumber berkata, PPBM telah berundur dari PH.

Sumber itu bagaimanapun berkata, dari segi prosedur, PH perlu berbincang dengan Warisan di Sabah untuk mendapat sokongannya.



Comments
Loading...