Armada tolak kerjasama dengan UMNO, mahu kembali kepada Pakatan Harapan


(Astro Awani) – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu menyokong pendirian Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak bekerjasama dengan UMNO.

Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Dr Mahathir serta exco dan ketua-ketua Armada negeri.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat berkenaan diadakan bagi membincangkan isu masa depan dan kelangsungan parti.

“Ahli mesyuarat Armada Malaysia dengan ini menyokong penuh pendirian Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak bekerjasama dengan UMNO.

“Mengembalikan mandat rakyat sebagaimana yang telah diberi pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lepas dan kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan,” kata kenyataan tersebut.

Kenyataan itu menambah, Bersatu telah dengan Pakatan Harapan sejak awal perjuangan bagi menyelamatkan negara.

“Susah dan senang akan kita hadapi bersama sebagai satu keluarga.

“Pendirian ini adalah berdasarkan undian yang dibuat semasa perjumpaan dan dipersetujui oleh lebih 2/3 ahli mesyuarat dan selebihnya berkecuali tanpa ada yang menolak,” kata kenyataan itu lagi.

 



Comments
Loading...